Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini berkongsi rahsia beliau yang amat menghargai sepucuk surat daripada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kepadanya pada 1998, yang menjadi dorongan dan sumber inspirasi baginya hingga kini.
Kata Zeti, beliau masih menyimpan surat tulisan tangan Dr Siti Hasmah itu yang dihantar kepadanya apabila beliau dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1998.
"Saya terima banyak surat dari seluruh dunia dan seluruh negara, tetapi surat yang paling saya hargai ialah surat tulisan tangan beliau sepanjang lebih dua muka surat, yang penuh dengan kata-kata untuk memberi dorongan," katanya ketika melancarkan Kasih Malaysia, di Seri Perdana di sini, hari ini.
Isteri perdana menteri, Dr Siti Hasmah adalah pengerusi Kasih Malaysia, sebuah badan dianggotai isteri para pemimpin Pakatan Harapan.
Dalam ucapannya, Zeti mengimbas kembali pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1978 ketika beliau sedang menuntut di University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan Dr Mahathir pula menyandang jawatan timbalan perdana menteri ketika itu.
"Di University of Pennsylvania, saya hanya bergantung pada pinjaman Mara, yang tentu sekali telah saya bayarnya kembali. Ketika sedang menyiapkan disertasi saya, pada suatu pagi, saya menerima panggilan telefon daripada Biro Siasatan Persekutuan yang memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia ingin bertemu berapa pelajar Malaysia, tetapi hanya saya yang dapat mereka hubungi," katanya.
Menurut Zeti, walaupun beliau tidak pasti sama ada panggilan itu benar-benar daripada pihak berkenaan, beliau membuat keputusan untuk bertemu Dr Mahathir dan semasa pertemuan itu, beliau memberitahu Dr Mahathir bahawa beliau mengikuti pengajian tentang aliran modal.
"Dr Mahathir memberitahu saya bahawa negara kita memang memerlukan orang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang itu. Cepatlah siapkan disertasi kamu dan pulanglah untuk mencurahkan khidmat bakti kepada Malaysia," katanya.
Zeti berkata, 20 tahun selepas itu, pada 1998, ketika Asia menghadapi krisis kewangan paling parah, Dr Mahathir melantik beliau menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia.
"Dan 20 tahun kemudiannya, dua hari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum, saya menerima panggilan untuk menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan.
"Saya percaya ini sudah ditakdirkan, tetapi saya rasa sungguh bertuah dan akan berkhidmat untuk negara dengan penuh iltizam," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 29 2018
Dr Siti Hasmah bersama Zeti ketika melancarkan Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) dan pembukaan Mesyuarat Agung di Seri Perdana hari ini. - BERNAMA
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.