Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata beliau mengetahui mengenai kerugian urus niaga mata wang asing atau forex bank pusat itu pada mesyuarat dengan para pegawai kanan bank di London.
Zeti, 70, berkata Gabenor BNM ketika itu Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein diberitahu semasa mesyuarat itu mengenai pendedahan meluas terhadap BNM hasil daripada transaksi tukaran asing.
Beliau hadir pada mesyuarat di London Apartment, London pada 1992 di mana Jaffar menginap dan Penolong Gabenor ketika itu Datuk Abdul Murad Khalid memberitahu Jaffar mengenainya.
"Datuk Abdul Murad memberitahu Jaffar mengenai pendedahan meluas terhadap Bank Negara Malaysia akibat daripada transaksi tukaran asing. Seingat saya Abdul Murad tidak mempunyai butiran mengenai transaksi tukaran asing itu," katanya.
Zeti berkata turut hadir pada mesyuarat itu ialah Dr Awang Adek Hussin (ketika itu pegawai kanan BNM) .
"Jaffar memberi respons dengan berkata ia mungkin kedudukan kasar yang diketahui oleh pihak berdagang dengan BNM. Pihak yang berdagang itu tidak akan mengetahui kedudukan bersih BNM dan beliau berpendapat kedudukan bersihnya jauh lebih rendah daripada itu," katanya.
Zeti, merupakan saksi ke-16 yang memberi keterangan pada prosiding hari kelima Suruhanjaya Siasatan (RCI) untuk menyiasat kes kerugian forex BNM sekitar tahun 1990-an.
Beliau mengetahui mengenai kerugian forex yang dialami BNM antara tahun 1988 dan 1994 apabila timbul berita mengenai kebimbangan serius terhadap pengurusan rizab BNM.
Katanya ketika itu beliau masih bertugas di pejabat di London dan beliau melapor diri kepada Pengarah dan Penasihat Jabatan Perbankan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Oleh itu saya menghubungi seorang pegawai kanan BNM untuk mengetahui apa yang berlaku dan diberitahu bahawa BNM mengalami kerugian ketara daripada aktiviti pengurusan rizab.
Beliau memberitahu RCI bahawa sebagai Timbalan Gabenor BNM pada 2007, beliau telah mengarahkan bekas Pengurus Akaun BNM Abdul Aziz Manaf supaya menyediakan satu laporan mengenai pengendalian perakaunan untuk pengurusan rizab bagi tahun 1988 hingga 1994 dan laporan itu diserahkan kepada beliau.
Zeti berkata beliau memberikan arahan itu kepada Abdul Aziz atas sebab ketika itu BNM sedang menyediakan draf Akta baharu untuk menggantikan Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan persediaan bagi Akta baharu itu yang bermula pada 2007 ialah dengan memberikan penjelasan mengenai mandat pengurusan rizab termasuk pengendalian perakaunan.
Beliau berkata terdapat juga perubahan yang dilakukan terhadap pengendalian perakaunan itu bila berdepan dengan keuntungan dan kerugian yang timbul daripada pengurusan rizab yang diperlukan untuk memberikan pemahaman lebih jelas.
Zeti juga berkata BNM mengambil langkah untuk mempelbagai komposisi rizab dan memperkenalkan sistem pengurusan risiko yang ketat dan mantap sambil menambah kata perkara itu memerlukan pengetahuan mengenai pengendalian perakaunan berhubung transaksi rizab supaya ia boleh dipantau dan risikonya boleh dinilai dan diurus dengan betul.
Semasa membaca kenyataannya, Zeti berkata berdasarkan maklumat dalam laporan "Accounting Treatment 1988-1984" bertarikh 18 April 2007, jumlah kerugian ialah RM32.074 bilion selepas mengambi kira keuntungan RM2.473 bilion bagi tahun 1990.
Zeti berkata Jaffar mengambil tanggungjawab ke atas kerugian forex itu dengan cara terhormat dan meletakkan jawatan.
Gabenor perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap semua perkara yang berlaku, seperti juga dalam sesebuah bank perdagangan, dan jika sesuatu berlaku, sama ada (seseorang itu) mengetahuinya atau tidak, beliau perlu bertanggungjawab, katanya.
Zeti berkata peranan kedua-dua lembaga pengarah dan pengurusan juga amat penting dalam institusi perbankan dan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
![Zeti mengetahui kerugian Forex BNM di London Zeti mengetahui kerugian Forex BNM di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458732846_ZetiAkhtarAziz.jpg)
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata beliau mengetahui mengenai kerugian urus niaga mata wang asing pada mesyuarat dengan para pegawai kanan.
![97% komputer Windows yang terkesan oleh masalah Crowdstrike berjaya dipulihkan 97% komputer Windows yang terkesan oleh masalah Crowdstrike berjaya dipulihkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721531748_tbcrowdstrikelogo.jpg)
97% komputer Windows yang terkesan oleh masalah Crowdstrike berjaya dipulihkan
Impak gangguan Crowdstrike adalah sangat besar dengan ia dianggarkan mengakibatkan kerugian AS$52 bilion pada syarikat Fortune 500 di Amerika.
![Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721969145_FahmiAbdMoin.jpg)
Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat
Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin.
SPAN tubuh jawatankuasa khas teliti insiden punca pencemaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran khususnya di Selangor.
Sampah anda, tanggungjawab anda
Rakyat perlu dididik, sampah yang dihasilkan secara peribadi, adalah tanggungjawab diri sendiri.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd, Datuk Ramli Mohd Tahir berpandangan, kita sering dididik bahawa sampah yang dihasilkan merupakan tanggungjawab orang lain hingga mengabiakn kesannya kepada persekitaran alam sekitar.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd, Datuk Ramli Mohd Tahir berpandangan, kita sering dididik bahawa sampah yang dihasilkan merupakan tanggungjawab orang lain hingga mengabiakn kesannya kepada persekitaran alam sekitar.
![Penderitaan di Gaza: ”Saya tidak akan berdiam diri”- Kamala Harris beritahu Netanyahu Penderitaan di Gaza: ”Saya tidak akan berdiam diri”- Kamala Harris beritahu Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721966868_WashingtonDC.jpg)
Penderitaan di Gaza: ”Saya tidak akan berdiam diri”- Kamala Harris beritahu Netanyahu
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris menyatakan kebimbangannya mengenai keadaan di Semenanjung Gaza kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
[TERKINI] Sebutan semula kes Ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu semula semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kanak-kanak austisme itu, Disember lalu.
[TERKINI] Isteri suspek belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
: Isteri kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
[TERKINI] Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, pada 10 Julai lalu.
AWANI Ringkas: Tiada pengakuan direkodkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705450495_TBSPAN.jpg)
SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran
SPAN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.
![Purata inflasi keseluruhan diunjur 2.0-3.5 peratus tahun ini Purata inflasi keseluruhan diunjur 2.0-3.5 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721885150_malaysiakualalump.jpg)
Purata inflasi keseluruhan diunjur 2.0-3.5 peratus tahun ini
Inflasi keseluruhan diunjur mencatat purata 2.0-3.5 peratus pada 2024 manakala inflasi teras dalam julat 2.0-3.0 peratus bagi tahun ke tahun, kata Public Investment Bank Bhd.
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.6670/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6705/6735 yang dicatat semalam.
![Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar US) hari ini berikutan minat belian baharu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, kata seorang penganalisis.
![MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702634533_TBKERETAjpg.jpg)
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
![Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan
Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan ekonomi membantu ringgit mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, kata seorang penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.74 mata atau 0.29 peratus kepada 1,623.12 daripada paras penutup 1,618.38 pada Rabu.
![Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.