Penggunaan “Google Translate” merupakan punca kesalahan penulisan notis Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini, yang tular di dalam media sosial, baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata mengikut laporan awal dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kecuaian tersebut dilakukan oleh salah seorang kakitangannya yang bertugas di pusat terbabit.
“Saya hubungi Datuk Bandar mengenai isu ini dan penjelasan awal mendapati kakitangan terbabit guna 'Google Translate' supaya mahu ia nampak 'international'.
“Jadikan ini pengajaran, mana-mana kakitangan sebelum mengeluarkan kenyataan atau apa-apa saja tulisan untuk tatapan awam perlu dimaklumkan kepada ketua masing-masing dulu.
“Jangan memandai dan buat pandai kerana masalah bahasa ini elok ditanya dulu, kalau tak pasti rujuk dahulu kerana Ianya akan menjadi tatapan ramai serta melibatkan imej kita,” katanya pada satu sidang media di sini pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau juga memberi peringatan segala urusan rasmi kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seharusnya dilakukan dalam Bahasa Malaysia.
“Dah berulang kali saya sebutkan ini, segala memo atau sebagainya perlu dilakukan dalam bahasa Malaysia sekiranya mahu dalam Bahasa Inggeris, ia akan ditulis bersama-sama Bahasa Malaysia.
“Perkara ini memang nampak kecil tapi ia merupakan imej kita, tunjuk bagaimana kita tidak serius dalam membuat kenyataan sekali gus mengundang tohmahan-tohmahan oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan,” kata beliau.
Menurut kenyataan daripada pihak MBI yang dikeluarkan Isnin, sekiranya laporan lengkap mendapati terdapat kecuaian dan kesilapan yang telah dilakukan, anggota bekenaan akan diberikan surat amaran keras serta nasihat supaya isu seumpama ini tidak akan berulang di masa hadapan.
Shafiq Noordin
Wed Jan 03 2018
![Zambry jawab apa punca terjemahan di pusat penerangan 'ke laut' Zambry jawab apa punca terjemahan di pusat penerangan 'ke laut'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71514948150_salahnotis.jpg)
Mengikut laporan awal dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kecuaian tersebut dilakukan oleh salah seorang kakitangannya yang bertugas di pusat terbabit. - Foto Astro AWANI
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Kehendak penyenaraian dan kaedah perniagaan Bursa Malaysia kini dalam BM Kehendak penyenaraian dan kaedah perniagaan Bursa Malaysia kini dalam BM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41635867103_BURSAMALAYSIA.jpg)
Kehendak penyenaraian dan kaedah perniagaan Bursa Malaysia kini dalam BM
Bursa Malaysia Bhd telah menyediakan semua keperluan penyenaraian dan peraturan perniagaan sedia ada dalam Bahasa Malaysia (BM).
!['You Melayu ke? Saya cakap...- Disoal dalam Bahasa Inggeris, ini jawapan Tengku Razaleigh 'You Melayu ke? Saya cakap...- Disoal dalam Bahasa Inggeris, ini jawapan Tengku Razaleigh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582797608_untitled-design-2020-02-27t170158-361.jpg)
'You Melayu ke? Saya cakap...- Disoal dalam Bahasa Inggeris, ini jawapan Tengku Razaleigh
Tokoh politik terkenal Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mencuri perhatian wargamaya apabila menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris.
![Laporan kedudukan Malaysia dalam penguasaan bahasa Inggeris bukan cerminan sebenar Laporan kedudukan Malaysia dalam penguasaan bahasa Inggeris bukan cerminan sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576132537_TBEFjpg.jpg)
Laporan kedudukan Malaysia dalam penguasaan bahasa Inggeris bukan cerminan sebenar
Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia dalam kemahiran penguasaan bahasa Inggeris.
![Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565795866_tulisanjawikhat.jpg)
Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
![SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ... SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41483187801_PendidikanBUDGET.jpg)
SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia.
![#BLACKPINKinMY: Jisoo fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia? #BLACKPINKinMY: Jisoo fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550967089_BLACKPINK.jpg)
#BLACKPINKinMY: Jisoo fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia?
Jisoo mengambil hati Blinks Malaysia dengan mengucapkan kata-kata manis dalam Bahasa Malaysia.
![Isu bahasa iklan: Sekerat belut sekerat ular - Rais Yatim Isu bahasa iklan: Sekerat belut sekerat ular - Rais Yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527588276_RaisYatim.jpg)
Isu bahasa iklan: Sekerat belut sekerat ular - Rais Yatim
Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim menegur iklan akhbar menggunakan gabungan bahasa kurang sesuai.
![Zambry jawab apa punca terjemahan di pusat penerangan 'ke laut' Zambry jawab apa punca terjemahan di pusat penerangan 'ke laut'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71514948150_salahnotis.jpg)
Zambry jawab apa punca terjemahan di pusat penerangan 'ke laut'
Penggunaan "Google Translate" merupakan punca kesalahan penulisan notis Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini, yang tular di dalam media sosial baru-baru ini.
![Pelajar sekolah vernakular wajib kuasai Bahasa Malaysia - Sultan Nazrin Pelajar sekolah vernakular wajib kuasai Bahasa Malaysia - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61501929380_SultanPerakSultan.jpg)
Pelajar sekolah vernakular wajib kuasai Bahasa Malaysia - Sultan Nazrin
Sekolah vernakular wajar mengambil tanggungjawab memastikan setiap pelajar yang mengikuti persekolahan aliran itu menguasai Bahasa Malaysia.
![Penggunaan Bahasa Inggeris di Parlimen bercanggah dengan perlembagaan - Ismail Sabri Penggunaan Bahasa Inggeris di Parlimen bercanggah dengan perlembagaan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61447081996_IsmailSabri.jpg)
Penggunaan Bahasa Inggeris di Parlimen bercanggah dengan perlembagaan - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, adalah seolah-olah ingin memperlekehkan Parlimen.