Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha mendapatkan kuota bersesuaian bagi membolehkan anggota polis bakal bersara membeli rumah yang selesa daripada projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Katanya, beliau telah meminta projek PRIMA memberi keutamaan kepada pegawai dan anggota polis yang akan tamat perkhidmatan kerana mahu mereka memiliki kediaman sendiri ketika bersara.
"Ini (secara dasar) telah dipersetujui kerajaan. Mudah-mudahan kita akan dapat kuota tertentu. Saya tidak mahu anak-anak buah saya dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia) bila bersara tidak mempunyai rumah," katanya ketika berucap sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada Sabtu.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ketika ini berjalan dengan aman, beliau mahu PDRM bersiap siaga ketika tempoh berkempen hampir tamat menjelang hari pengundian Isnin ini.
Katanya, mengikut laporan yang diterima, PRK kali ini adalah antara yang teraman dan beliau berharap keadaan itu berterusan sehingga hari pengundian serta tiada provokasi berlaku.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada anggota polis yang bertugas kerana berjaya memastikan PRK DUN Sungai Limau kekal aman sehingga kini.
"Dari laporan yang saya terima, ini (adalah) pasukan terbaik dalam banyak-banyak PRK. Dan untuk itu saya ucapkan tahniah kepada semua yang bertugas dengan penuh dedikasi," katanya.
Ahmad Zahid berkata bagi menzahirkan penghargaan itu, beliau akan berusaha memastikan petugas polis diberi elaun tambahan sepanjang bertugas di sini dan perkara itu mampu direalisasi berikutan terdapat penjimatan kos yang agak tinggi daripada bajet penginapan anggota keselamatan berkenaan.
"Saya akan memohon agar kita diberikan elaun kemudahan bertugas di luar kawasan... walaupun tugas kita semua adalah 24/7... tetapi kita tidaklah mendesak. Tetapi kalau diberi elaun, alangkah bagusnya untuk kita.
"Jadi, kali ini kos kita kurang...dan dari penjimatan itulah kita minta elaun dibayar untuk kita semua," katanya sambil berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin.
Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 Sept lepas.
Bernama
Sat Nov 02 2013
-gambar arkib
Sukan Olimpik 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.
Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyatakan ketegasan Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aspek tersebut mencerminkan pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas itu kepada masyarakat antarabangsa.
Sasar akaun PM, Meta diminta beri penjelasan
Meta telah diminta untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
AWANI Borneo [01/08/2024] - Angin kencang | Dari sisa jadi tenaga | 31 Ogos Hari Sabah
AWANI Borneo 31 Ogos 2024 bersama Assim Hassan
- 30 rumah setinggan atas air di Semporna roboh dibadai angin kencang
- Sarawak rancang bangunkan insinerator ala Sweden
- 31 Ogos detik keramat, titik penyatuan bangsa Sabah
- 30 rumah setinggan atas air di Semporna roboh dibadai angin kencang
- Sarawak rancang bangunkan insinerator ala Sweden
- 31 Ogos detik keramat, titik penyatuan bangsa Sabah
SUKMA 21: Sabah sasar bawa pulang 40 pingat emas
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri HajijI Noor berkata, beliau yakin pasukan Sabah mampu mencapai sasaran yang ditetapkan berdasarkan prestasi dalam SUKMA KE-20 di Kuala Lumpur apabila berjaya membawa 30 pingat emas, 30 perak dan 38 gangsa
Meta siasat isu penurunan hantaran PM Anwar berkaitan pembunuhan Ismail Haniyeh - Fahmi
Meta Platforms Inc (Meta) sedang menyiasat isu penurunan hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan Ismail Haniyeh di Facebook.
Perkhidmatan kerajaan Sarawak berteraskan digital pada 2030
Perkhidmatan kerajaan Sarawak akan berteraskan digital sepenuhnya menjelang tahun 2030
Sarawak rancang guna model insinerator Sweden
Unit Perancangan Ekonomi Sarawak diarahkan untuk menjalankan kajian membangunkan dua loji insinerator masing-masing di kawasan utara dan selatan Sarawak bagi mengurus sisa yang boleh menghasilkan tenaga.
30 rumah setinggan atas air roboh
Kira-kira 30 rumah setinggan atas air roboh di Kampung Simunul, Semporna pada Khamis dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.
Kuota Ahli Dewan Negara boleh ditambah - Wan Junaidi
Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan.
Gaji tidak setara antara faktor bukan bumiputera tidak minat sertai TDM - PTD
Struktur gaji bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) yang tidak setara dengan syarikat swasta antara punca bukan bumiputera tidak berminat untuk menyertai pasukan keselamatan negara.
Singapura dapat 900 kuota untuk musim haji 2023
Singapura telah mendapat peruntukkan 900 kuota rasmi bagi musim haji 2023.
Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.
KSM lulus 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 Sept
Keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta dan merupakan jumlah maksima yang pernah dicapai.
Perkasa wanita: Jangan hanya sebab kuota, nilailah kemampuan - Mourhrna
Tidak wajar menaikkan kedudukan wanita dalam satu organisasi hanya atas faktor mahu memenuhi kuota, kata Mourhrna Anetha Reddy.
Liga-M kekal dahului Singapura, Indonesia ranking kelab AFC
Laman sesawang rasmi AFC memaparkan liga tempatan negara berada di ranking keempat kekal di belakang liga Thailand, Filipina dan Vietnam.
Haji: Kerajaan Arab Saudi belum keluarkan kuota jemaah - Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata kuota jemaah dijangka berkurangan berbanding 42,000 orang sebelum ini.
Terbuka Malaysia 2021 diteruskan selagi ada penyertaan
Kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri.
PAU2020: UMNO perlu dahului parti lain, pastikan 30 peratus kuota kerusi pilihan raya untuk wanita - Noraini
UMNO harus memulakan inisiatif penggubalan undang-undang melaksanakan satu polisi kuota 30 peratus penyertaan wanita dalam pilihan raya.