KUALA LUMPUR: Mewujudkan kuota dalam sesebuah organisasi bagi memberi peluang kepada wanita meningkat kedudukan merupakan perkara yang baik, namun ia tidak boleh dilihat secara luaran sahaja.
Pengarah Quetra Consultancy Mourhrna Anetha Reddy berkata, tidak wajar menaikkan kedudukan wanita dalam satu organisasi hanya atas faktor mahu memenuhi kuota, sebaliknya perlu memberi peluang yang adil serta menilai berdasarkan kemampuan mereka.
"Saya alu-alukan niat hendak naikkan kedudukan wanita, tetapi kalau kita naikkan, adakah sebab jantina atau keupayaannya?
"Kita mahu jadi negara yang berjaya, mahu capai perkara yang hebat. Jadi kalau wanita itu layak dan mampu, kenapa tidak kita naikkan kedudukannya?
"Soalan saya, kuota 30 peratus, seorang wanita dalam ahli lembaga pengarah, adakah itu menaikkan atau menjatuhkan sebenarnya?" katanya ketika muncul dalam Dialog 3 Penjuru di Astro AWANI, pada Khamis.
Mourhrna menambah, beliau tidak menafikan kepentingan bantuan dan inisiatif kerajaan memperkasakan wanita menerusi kuota kerajaan tetapi menolak jika ia dijadikan satu budaya atau amalan.
"Mahu memperkasakan wanita, bukan itu caranya. Berilah pendidikan, latihan. Seperti, sekarang ekonomi negara terarah kepada gig economy, jadi apa yang diperlukan di sini? Ini yang kita kena ajar mereka, bukan setakat bagi duit dan pangkat begitu sahaja.
"Semua perkara bermula dari rumah. Sebagai wanita saya tahu batas saya, dan saya juga tahu kemampuan saya. Lelaki juga perlu diajar untuk memahami yang kedudukan wanita itu setara dengan mereka.
"Tiada istilah wanita kena duduk di dapur. Kalau wanita duduk di dapur, kenapa chef ternama dunia ialah lelaki? Dan kenapa pula kita pernah ada CEO Pepsi, Indra Nooyi, seorang wanita?" katanya.
Madiha Abdullah
Thu Nov 04 2021

Mourhrna tidak menafikan kepentingan bantuan dan inisiatif kerajaan memperkasakan wanita menerusi kuota kerajaan tetapi menolak jika ia dijadikan satu budaya atau amalan. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Perkasa wanita: Jangan hanya sebab kuota, nilailah kemampuan - Mourhrna
Tidak wajar menaikkan kedudukan wanita dalam satu organisasi hanya atas faktor mahu memenuhi kuota, kata Mourhrna Anetha Reddy.

KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.