Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia dipersetujui dalam mesyuarat persatuan itu di sekolah masing-masing, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Dr Mohamad Rafie Ab Malek.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan berkata jumlah bayaran yuran PIBG yang ditetapkan adalah persetujuan bersama di antara ibu bapa dan guru.
"Sebenarnya kutipan yuran PIBG ditentukan dalam mesyuarat persatuan itu di sekolah yang membabitkan ibu bapa dan guru. Cuma, malangnya kemungkinan dalam kebanyakan mesyuarat PIBG, ramai juga ibu bapa yang tidak hadir... itu yang menjadi masalah.
"Harapan saya ialah kalau boleh ibu bapa juga hadir dalam mesyuarat PIBG untuk bersama-sama memberi pandangan. Malah, dalam mesyuarat PIBG boleh untuk mengurangkan yuran PIBG sekali pun. Maka dengan itu segala masalah berkaitan tentang jumlah bayaran yuran dan sebagainya boleh dibincangkan secara bersama...itu adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra mengedarkan kalender 2019 kepada orang ramai di Pasar Tani Ampangan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai rungutan sesetengah ibu bapa tentang yuran PIBG sekolah yang dikatakan membebankan mereka (ibu bapa).
Katanya, kebiasaannya yuran PIBG dikenakan untuk satu keluarga, satu yuran, tetapi ada juga PIBG mengenakan yuran tersebut mengikut bilangan anak yang bersekolah.
Bagaimanapun, katanya ini bergantung kepada persetujuan dalam mesyuarat PIBG berkenaan.
Mohamad Rafie berkata yuran PIBG ini kebiasaannya digunakan bagi membiayai semua kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam pelajaran mereka seperti kelas tambahan, bengkel dan seminar akademik, hari sukan dan kegiatan kokurikulum.
"Kita mahu dalam pendidikan, bukan hanya setakat sekolah, tetapi ibu bapa juga bersama-sama mengambil tanggungjawab...sama-sama melihat bagaimana untuk membangunkan anak-anak.
"Jadi, mesyuarat PIBG bukan hanya untuk menentukan jumlah yuran PIBG, tetapi, untuk melihat bagaimana untuk membangunkan sahsiah diri anak-anak secara bersama di antara ibu bapa, penjaga dengan pihak sekolah," katanya.
Mengulas laporan sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai tindakan Kementerian Pendidikan membatalkan 406 tender membabitkan pelbagai perkhidmatan di sekolah seluruh negara termasuk beberapa Kolej Matrikulasi, beliau berkata ia bukan dibuat tanpa sebab.
Pembatalan tender itu membabitkan perkhidmatan membekal makanan bermasuk, perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan serta pekhidmatan kawalan keselamatan.
"Saya melihat tindakan itu adalah penilaian semula untuk melihat bagaimana untuk kita memberi secara yang lebih terbaik. Saya melihat sebarang tindakan dibuat hanya berbentuk sementara iaitu dalam penilaian semula. Kemungkinan semuanya hendak dikaji semula untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang diberi akan merangkumi kesemua secara lebih menyeluruh," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 08 2019
Biasanya, yuran PIBG dikenakan untuk satu keluarga, satu yuran, tetapi ada juga PIBG mengenakan yuran tersebut mengikut bilangan anak yang bersekolah. - BERNAMA/Fail
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Yuran PIBG tidak sepatutnya dipertikaikan
Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia dipersetujui dalam mesyuarat persatuan itu di sekolah masing-masing.