KUALA LUMPUR: YTL Power International Bhd (YTL Power) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta maklumat mengenai Projek 1Bestarinet daripada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms).

"YTL Comms memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung perkara ini dan percaya ia akan diselesaikan sebaiknya," menurut YTL Power dalam kenyataan hari ini.

Projek 1Bestarinet dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan menerusi tender terbuka melibatkan 19 syarikat yang menawarkan tender untuk projek itu.

YTL Comms dipilih kerana syarikat itu merupakan pembida paling patuh secara teknikal dan paling kos efektif.

Projek tersebut telah disahkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai berjaya disiapkan pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019.



-- BERNAMA