Ringkasan AI
- YouTube Music telah memberi akses awal kepada Recap 2024, yang merumuskan aktiviti pendengaran pengguna sepanjang tahun, mirip dengan Apple Music Replay dan Spotify Wrapped.
- Recap memaparkan Stories untuk lagu paling kerap dimainkan, senarai muzik kegemaran, artis kegemaran, garis masa pendengaran, dan banyak lagi. Ia juga menyertakan koleksi gambar dari Google Photos yang dipadankan dengan lagu yang dimainkan.
- YouTube Music menawarkan senarai main khas mengikut bulan dan genre, seperti K-Pop Hits 2024 dan Pop Hits 2024. Semua Stories dan senarai main dalam Recap 2024 boleh dimuat turun dan dikongsi di platform media sosial.
Recap adalah jawapan YouTube kepada Apple Music Replay dan Spotify Wrapped yang merumuskan aktiviti pendengaran pengguna sepanjang tahun.
Buka sahaja aplikasi YouTube Music, tatal sedikit ke bawah dan anda akan melihat 2024 Recap is here!
Laman utama Recap kali ini akan memaparkan Stories untuk lagu paling kerap anda mainkan, senarai muzik kegemaran, artis kegemaran, garis masa pendengaran, watak filem anda, podsiar yang selalu anda dengarkan, mood muzik yang anda gemarkan dan juga rumusan keseluruhan.
Kemudian di bawahnya adalah koleksi gambar dalam Google Photos yang dipadankan dengan lagu yang anda mainkan mengikut data tarikh.
YouTube Music turut memaparkan senarai main khas Recap mengikut bulan, selain turut menawarkan koleksi senarai main lagu terbaik 2024 mengikut genre seperti K-Pop Hits 2024, Pop Hits 2024 dan banyak lagi.
Setiap Stories dan senarai main dalam 2024 Recap ini turut boleh dimuat turun dan dikongsi kepada platform media sosial. -Amanz