PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman disahkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak mempunyai penyakit 'bipolar disorder' dan 'hyperthyroidism' selain tidak waras ketika melakukan kesalahan kes dadah, pada Mac tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan perkara itu ketika membaca laporan hospital berhubung keadaan mental Yasin semasa prosiding kes di hadapan Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad.
Ahmad Zuhaini berkata, terdapat tiga kesimpulan bahawa, tertuduh menghidap penyakit kecelaruan efektif atau bipolar disorder dan 'hyperthyroidism'.
"Tertuduh didapati tidak waras ketika kejadian namun kini, keadaan mentalnya bertambah baik, maka dia layak untuk dibicarakan serta mampu untuk membela diri.
"Ini merupakan perkembangan baharu, jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes, bagi mendapatkan arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya.
Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili penyanyi berusia 48 tahun itu berkata, susulan laporan kesihatan tersebut, pihak pembelaan percaya perbicaraan kes boleh diteruskan seperti mana yang ditetapkan ketika prosiding lalu.
"Kami juga memohon suatu perintah dapat dikeluarkan iaitu pesakit ini dihantar semula ke hospital untuk diubati sehingga disahkan sihat oleh pihak perubatan.
"Kami tidak membantah permohonan pasukan pendakwaan untuk mendapatkan arahan AGC tetapi bagi menjimat masa, kami cadang tarikh perbicaraan ditetapkan," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nik Nasimah menetapkan sebutan kes pada 9 Ogos depan manakala perbicaraan kes 28 dan 29 bulan sama.
Dalam prosiding 8 Mei lalu, Nik Nasimah memerintah penyanyi yang popular dengan lagu 'Mimpi Laila' itu dihantar ke hospital bahagia selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi ini dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023

Terdapat tiga kesimpulan bahawa, Yasin menghidap penyakit kecelaruan efektif atau bipolar disorder dan 'hyperthyroidism'. - Gambar fail/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Petugas TH anjur solat hajat, bacaan yasin sempena ketibaan jemaah haji
Majlis tersebut diadakan di surau Ibu Pejabat TH di bangunan Roha Madinah selepas waktu maghrib.

Tiga hari hilang, mayat remaja ditemukan terapung selepas bacaan Yasin
Mayat mangsa Rabani Abdul Razak, 14, ditemukan orang awam awal pagi tadi.

Najib sambut Hari Kebangsaan dengan bacaan tahlil, yasin
Beliau yang hadir jam 7:20 tadi turut menyertai jemaah untuk solat maghrib bersama.

Najib dan isteri hadir majlis tahlil Allahyarham bapa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis tahlil dan bacaan yasin untuk Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.