Sebuah kenderaan kedutaan membawa seorang individu wanita dilihat memasuki premis kedutaan Korea Utara pada jam 8:05 pagi Isnin.
Kereta Mercedes terbabit adalah yang pertama dilihat memasuki kediaman itu selepas kenderaan terakhir yang didakwa memasuki premis berkenaan pada 10.00 malam Ahad.
Individu wanita yang dianggarkan berusia lewat 50an itu berambut berwarna merah dan memakai pakaian merah gelap.
Dia diiringi pemandu kedutaan memasuki pintu hadapan premis tanpa menoleh ke arah petugas media.
Pada pukul 9.10 pagi, konsulat Korea Utara dilihat meninggalkan kediaman premis berkenaan.
Sebelum itu pada jam 1 pagi media tempatan dan antarabangsa yang berkampung di hadapan kedutaan mendakwa diserang 4 individu warga tempatan.
Individu terbabit yang didakwa dalam keadaan mabuk terlebih dahulu telah cuba merempuh pintu pagar kedutaan sebelum mula memarahi petugas media.
Salah seorang petugas media antarabangsa mendakwa kameranya hampir dibuang salah seorang individu yang berang gambarnya diambil.
"Dia bertindak mengambil tripod yang terlekat pada kamera saya dan mahu menghempasnya.
"Namun kami berjaya mendapatkan semula kamera tersebut, " katanya.
Situasi itu, katanya hanya berlaku selama 20 minit apabila seorang individu dari luar menenangkan keadaan.
"Ada seorang individu datang meleraikan keadaan dan kami syaki beliau adalah seorang anggota polis berdasarkan susuk tubuhnya," katanya lagi.
Media tempatan dan antarabangsa telah mula berkampung di hadapan kedutaan Korea Utara selepas pengumuman 'Persona Non Grata' diberikan kepada Kang Chol pada Sabtu petang.
Kang Chol yang diberi tempoh sehingga jam 6 petang Isnin untuk meninggalkan negara ini bagaimanapun tidak kelihatan sejak pengumuman itu dibuat.
Menurut seorang jurugambar media antarabangsa, terdapat 4 individu telah keluar dari premis kedutaan pada lewat ahad dan pulang ke kedutaan pada 10 malam.
Beliau yang sempat merakam gambar kenderaan itu berkata, antara 4 individu yang menaiki kenderaan MPV itu dakwanya adalah bekas duta korea utara.
BACA: 35 jam berlalu, kelibat Duta Korea Utara masih tidak kelihatan
Sambungnya lagi terdapat aktiviti didalam premis selepas kepulangan mereka apabila mereka dilihat bermain permainan snoker di anjung premis kedutaan sambil bergelak ketawa.
"Saya agak tersinggung dengan tindak tanduk mereka walaupun saya bukan orang malaysia.
"Mereka seolah-olah mempersendakan kami dan arahan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia," katanya.
Sehingga jam 9 pagi Isnin masih tiada sebarang pergerakan dilihat dari luar pintu kedutaan.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Mar 06 2017
Wanita itu diiringi pemandu kedutaan memasuki pintu hadapan premis tanpa menoleh ke arah petugas media. - Gambar Astro AWANI/Syah Hairizal
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Penari jadi duta perkenal pelbagai tarian Malaysia di Jepun
Tugas memperkenalkan keindahan tarian negara itu bukanlah mudah kerana ia memerlukan koreografi yang memukau bagi memastikan penonton kekal fokus.
'Kepelbagaian, keindahan dan makanan,' Pesuruhjaya Tinggi UK kongsi pengalaman di Malaysia
Mencapai keseimbangan sentiasa menjadi tugas utama bagi mana-mana duta, kata Charles Hay yang akan kembali ke tanah airnya pada Jumaat.
Anak jadi duta Maybelline, Shah Rukh Khan tumpang bangga
Suhana adalah salah seorang daripada empat muka baharu yang dipilih Maybelline sebagai duta.
Lantikan Nazri sudah dibuat setahun lepas - Anwar
Kata Anwar, keputusan melantik Nazri dibuat awal tahun lepas dan pihaknya tidak melihat alasan kukuh untuk membatalkannya.
Bekas PM Australia Kevin Rudd dilantik sebagai duta ke AS
Rudd akan berlepas ke Washington pada awal 2023 menggantikan Arthur Sinodinos yang telah berkhidmat selama tiga tahun.
UAE hantar semula duta ke Iran
Penempatan semula duta ke Tehran ini diputuskan enam tahun selepas ia menutup pejabat kedutaannya.
Saya tolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu letak jawatan MP - Nazri
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Singapura terima watikah pelantikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu
Yang di-Pertuan Agongpada 15 Jun lalu menyampaikan watikah pelantikan Dr Azfar dan 18 duta baharu Malaysia.
Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dilantik duta produk IKS Sabah
Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah.
Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia di resort
Andrii Beshta, 44 tahun, diisytiharkan meninggal dunia di Koh Lipe, Thailand.