SEREMBAN: Persidangan pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu berikutan Yang Dipertua DUN Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Datuk M. Ravi disahkan positif COVID-19.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik telah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memaklumkan perkara itu serta mendapatkan perkenan penangguhan persidangan kali ini, pagi tadi.
Beliau berkata persidangan DUN negeri itu sepatutnya dijadual bermula hari ini hingga Khamis dimulakan dengan acara perasmian pembukaan persidangan oleh Tuanku Muhriz.
"Selain kedua mereka (Zulkefly dan Ravi), terdapat 23 petugas termasuk ketua jabatan di negeri ini dijangkiti COVID-19. Penangguhan persidangan DUN ini pertama kali berlaku di negeri ini, disebabkan pandemik.
"Jika ikut peraturan, Yang Dipertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti COVID-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aminuddin berkata selain itu terdapat Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dan Penggubalan RUU akan dibentangkan pada persidangan kali ini dan memerlukan kehadiran Yang Dipertua DUN dan Timbalannya itu.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memastikan golongan orang kurang upaya itu dapat mengikuti perkembangan persidangan DUN kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Jika ikut peraturan, Yang Dipertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti COVID-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan, kata Menteri Besar. - Gambar hiasan/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.