Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengagihkan dana lebih RM2.1 juta bagi menguruskan kos perubatan bekas atlet negara untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh berkata pemberian dana bantuan itu bertujuan meringankan bebanan atlet yang mempunyai masalah kesihatan termasuk sakit kronik.
Menurut Jamil, atlet yang berdaftar dengan YAKEB berpeluang menerima bantuan kebajikan termasuk pembayaran kos rawatan perubatan serta bantuan kewangan untuk ahli keluarga yang tidak berupaya untuk berkerja akibat daripada masalah kesihatan.
Setakat ini, 2,500 ahlinya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak berdaftar dengan YAKEB.
"Setakat ini saya rasa kita tidak ketinggalan membantu kesemua ahli dan tidak memilih bulu. Kalau ada orang mengatakan tidak menerima bantuan daripada kerajaan, khususnya YAKEB, bagi saya ini bukanlah satu perkara yang benar sebab kita telah pun memberi bantuan ini sejak penubuhan YAKEB 2007," katanya ketika ditemui di kediaman bekas jaguh basikal, Ng Joo Pong di Shah Alam.
Beliau yang juga pengerusi YAKEB berkata kerajaan telah memperuntukkan RM2.5 juta setahun bagi membiayai keperluan bekas atlet di negara ini.
Jamil berkata demikian ketika menyerahkan kerusi roda kepada bekas jaguh basikal 60-an Ng Joo Pong, 70, yang kini menghidap penyakit angin ahmar, di kediamannya.
YAKEB turut membayar kos rawatan perubatannya RM20,000 di pusat hospital pakar bagi membantu Joo Pong yang tidak lagi mampu bekerja.
Joo Pong yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak pernah mewakili negara dalam perlumbaan basikal di peringkat antarabangsa dengan memenangi pingat emas dan gangsa sejak tahun 1963.
"YAKEB pun sudah tolong tapi saya minta orang lain minta sedikit pun sudah mencukupi bagi menambah sedikit kewangan anak saya untuk mendapat perubatan saya.
"Memang YAKEB ada dan tanpa perdana menteri kita yang menyokong bekas atlet, YAKEB tak akan wujud," katanya ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya.
Orang ramai yang ingin terus menghulurkan derma kepada keluarga ini boleh berbuat demikian di akaun Maybank Ng Joo Pong 114160845567 atau menghubungi talian 012-277 3553.
Anthea Yap
Sat Oct 03 2015

YAKEB membayar kos rawatan perubatan sejumlah RM20,000 bagi membantu Joo Pong yang tidak lagi mampu bekerja.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Lima bekas atlet calon pengarah teknikal, pengurus prestasi tinggi sukan terjun
Daripada enam individu itu, empat daripadanya memohon jawatan pengarah teknikal manakala dua bagi posisi pengurus prestasi tinggi.

Bekas atlet olahraga negara Zulkifli Yatim meninggal dunia
Bekas atlet olahraga negara Zulkifli Mohd Yatim meninggal dunia akibat kanser hidung di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

G. Shanti harap muka baharu atasi rekod kebangsaannya
Bekas ratu pecut negara G.Shanti berharap rekod kebangsaan 100 meter dan 200 meter yang dipegangnya sehingga kini dapat dipecahkan atlet olahraga pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

KL2017: 'Pingat emas kejutan buat saya dan negara' - Farah Begum
Farah Begum mengakhiri penantian negara untuk merangkul pingat emas bagi acara terjun wanita Sukan SEA apabila menjuarainya pada tahun 1999.

Sukan SEA: "Orang lain sibuk berlatih di trek, tetapi saya berlatih di pool" - P.Kuganeswari
Kuganeswari yang meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan 400m berkata beliau tidak menjangkakan kemenangan itu kerana baru sahaja menjalani rawatan fisioterapi selama 12 minggu.

YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengagihkan dana lebih RM2.1 juta bagi menguruskan kos perubatan bekas atlet negara untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.