"Abang bangun ada api... Ya Allah, tolong."
Itu antara jeritan yang sempat didengar, Rabaiah Yunus, 58 tahun, jiran kepada sepasang suami isteri yang maut bersama bayi mereka dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam pagi tadi.
Rabaiah berkata, kejadian itu disedari sekitar jam 3.30 pagi selepas mendengar bunyi bising.
Dia yang tidur di bahagian ruang tamu pada mulanya menyangka ada kejadian curi namun terkejut apabila melihat api mula marak dari sebelah rumah.
"Ketika itulah saya dengar suara si isteri seolah mengejutkan suaminya dari tidur.
"Dia juga menjerit meminta tolong, namun seketika sahaja sebelum sayup-sayup hilang," katanya.
Dalam kejadian itu, Mohd Sharidan Abdul Aziz, 29 tahun, dan isteri, Siti Rafini Mohd Rafiee, 27 tahun, bersama anak tunggal lelaki mereka, Rafiq, 14 bulan ditemui rentung dalam sebuah bilik rumah berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi ketika ketiga-tiga mangsa sedang tidur.
Rabaiah berkata, kejadian berlaku awal pagi menyebabkan tiada penduduk yang bangun meskipun dia dan keluarganya menjerit meminta bantuan.
"Kami dah tak tentu arah dan buntu, nak tolong tapi tak boleh. Tak sampai lima minit api dah besar sampai ke dapur, jerit sana sini panggil jiran pun tak ada sesiapa yang dengar.
"Anak saya cuba panggil mangsa keluar, tapi tak berjaya juga," katanya yang ketika kejadian bersama suami, anak dan menantu serta seorang cucu.
Dia mengakui sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu mangsa yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
"Sampai sekarang masih terngiang suara meminta tolong itu, makcik sedih mengenangkan macam manalah mereka di dalam ketika kebakaran berlaku," katanya.
Difahamkan, tiga beranak berkenaan baharu berpindah menyewa ke rumah itu, Disember lalu.
Sementara itu, bapa Mohd Sharidan, Abdul Aziz Mohd Idris, 58 tahun, yang ditemui di lokasi kejadian reda dengan kejadian itu dan menganggap ia ujian buat mereka sekeluarga.
Katanya, Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik menjalankan perniagaan sendiri dan seorang yang bertanggungjawab dengan mengambil berat keperluan ahli keluarga lain.
"Boleh katakan dialah anak paling rapat dengan kami, setiap pagi dan petang selepas balik berniaga, dia akan singgah di rumah untuk menjenguk saya dan isteri.
"Sudah tentulah ketiadaannya akan dirasai kerana dia anak paling senang membantu apabila diperlukan," katanya.
Dia yang tinggal selang beberapa rumah dari kediaman mangsa dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sekitar jam 3.30 pagi.
"Saya nampak api dah menjulang tinggi, tapi ketika itu dah tak boleh nak buat apa, kami hanya boleh berserah dan reda dengan kejadian ini," katanya.
Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Slim River bagi tujuan bedah siasat dan dijangka dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Slim, Slim River.
Agensi
Mon Aug 19 2019

Keadaan rumah didiami tiga beranak yang ditemui rentung dalam kebakaran pagi tadi. (Gambar kecil: Mohd Sharidan Abdul Aziz, 29, dan isteri, Siti Rafini Mohd Rafiee, 27, bersama anak tunggal lelaki mereka, Rafiq, 14 bulan. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Twitter tutup akses percuma untuk API
Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka.

Prasarana latih pemandu dan penyelia operasi MRT Jakarta
PRIME akan memberi latihan kepada penyelia operasi dan pemandu sistem Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta bermula April ini.

Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Enam kawasan di utara catat IPU sangat tidak sihat pagi ini
Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).

Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).

Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Kawasan yang mencatatkan bacaan paling tinggi sehingga pukul 7 pagi tadi adalah Samarahan, Sarawak dengan bacaan 111.

Bahaya jerebu halus dalam paru-paru
Zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.

Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi
Keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi.

Jerebu: Ketampakan rendah kurang 5km dijangka berterusan sehingga Sabtu
Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.