PUTRAJAYA: Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Dalam sidang media pasca Mesyuarat Platfom Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Bilangan 3/2023 di sini hari ini, beliau berkata sistem berkenaan menggunakan pendekatan tetingkap tunggal akan mula dilaksanakan secara berfasa mulai 15 Jun ini.
"Konsep sistem bersepadu ini sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperbaharui sistem kerajaan, supaya lebih mesra pengguna dan menjimatkan masa pemprosesan dalam urusan kerajaan," katanya.
Rafizi berkata fasa satu melibatkan pembangunan Sistem Xpats Gateway oleh pihak TalentCorp dan bagi agensi yang telah bersedia menggunakan sistem itu, akan mula melaksanakannya pada 15 Jun.
Fasa dua pula melibatkan agensi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), yang telah mempunyai sistem sedia ada dan hanya memerlukan integrasi untuk membolehkan ia dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Ogos depan.
Sementara itu, Rafizi berkata mesyuarat Pemudah hari ini bersetuju agar industri pembersihan dan pencucian negara, diberikan nafas baharu menerusi penstrukturan semula kontrak melibatkan perubahan kaedah kontrak daripada berdasarkan bilangan pekerja kepada kontrak berdasarkan prestasi.
"Dengan pelaksanaan kontrak berdasarkan prestasi, kontraktor harus mematuhi kriteria tertentu merangkumi pelan peningkatan produktiviti, inovasi, dan teknologi, di samping kriteria lain dan kontraktor akan dinilai mengikut markah bulanan dan akan dibayar mengikut prestasi yang dicapai," katanya.
Beliau berkata kerajaan akan memulakan projek rintis kaedah baharu berkenaan, dalam tempoh dua bulan akan datang di tempat berimpak besar sebelum melaksanakannya di seluruh negara.
"Penstrukturan semula kaedah kontrak ini, mampu mengubah industri berkenaan kepada industri berkemahiran tinggi dan berasaskan teknologi, dan menarik minat pekerja tempatan untuk terlibat dalam industri itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Rafizi berkata fasa satu melibatkan pembangunan Sistem Xpats Gateway oleh pihak TalentCorp dan bagi agensi yang telah bersedia menggunakan sistem itu, akan mula melaksanakannya pada 15 Jun. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Xpats Gateway tingkat kecekapan pengeluaran pas ekspatriat - MPC
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat Xpats Gateway, dapat memendekkan masa kelulusan dan menyeragamkan prosedur sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran pas berkenaan.

Xpats Gateway: Permohonan pas penggajian ekspatriat lebih efisien, mudah dan singkat - KDN
Xpats Gateway yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam urusan permohonan pas penggajian ekspatriat, supaya menjadi lebih efisien, mudah dan mengambil masa yang

Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.