Malaysia komited dalam usaha membawa pulang kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Poi Pet, Kemboja dengan segera dan selamat.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini, kerajaan Kemboja memberikan kerjasama yang baik dan membenarkan pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melawat mereka yang ditahan sejak 11 Disember lepas.
Katanya, usaha membawa pulang itu turut dilakukan oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien, yang memaklumkan 44 daripada 47 rakyat yang ditahan ialah anak muda Sarawak.
"Kita mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi ini. Pegawai kita juga sudah berhubung dengan mereka untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik. Semua keluarga yang terlibat juga sudah maklum dengan penahanan itu," katanya.
Saifuddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Pahang di Wisma Persekutuan di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Zolkopli Dahalan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak.
Mengulas mengenai dakwaan mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata setakat ini, terdapat pelbagai versi yang diterima daripada rakyat terlibat.
"Bagaimanapun setakat ini pegangan kita adalah mereka dijanjikan kerja dengan gaji lumayan di sana...ada tuduhan yang berkaitan dengan perkara lain namun masih belum dapat dipastikan kesahihannya.
"Kita pegang ini adalah 'job scam' (penipuan pekerjaan) dan kita tegaskan yang kita menghormati undang-undang sesebuah negara tetapi (dalam masa sama) kita juga hendak pastikan adakah tuduhan itu benar," katanya.
Semalam, Wisma Putra menerusi kenyataan medianya mengesahkan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, yang dimaklumkan secara lisan oleh polis Bantey Meanchey pada 28 Dis lalu.
Astro AWANI turut melaporkan Sng sebagai berkata sebahagian besar mereka yang ditahan berusia 19 hingga 44 tahun yang berasal daripada keluarga miskin dan diumpan dengan gaji lumayan di negara tersebut.
Astro Awani
Fri Feb 08 2019
Malaysia komited dalam usaha membawa pulang kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Poi Pet, Kemboja dengan segera dan selamat.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa
Keadaan Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.
Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa
Pada jam lebih 8.20 malam Isnin, mangsa telah disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN.