DAVOS: Delegasi Malaysia yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, harus membawa suara rantau ASEAN dan Asia Tenggara dalam era pemulihan pasca pandemik COVID-19.
Menurut Pengarah Strategik Kumpulan KRA Amir Fareed, dalam keadaan dunia sedang melalui fasa ‘The Great Reset’, Malaysia harus meletakan posisi negara di tempat yang betul supaya segala cabaran semasa dan akan datang dapat diselesaikan dengan jitu.
“Malaysia ekonomi yang terbuka dan negara yang bergantung kepada perdagangan dan apabila pandemik serta konflik berlaku di Eropah, iaitu perang di Ukraine, serta penutupan ekonomi di China susulan dasar sifar COVID-19, Malaysia berdepan kesan besar.
“Malaysia harus membawa bukan sahaja suara Malaysia dalam era pemulihan tetapi juga bagaimana Asia Tenggara dan ASEAN harus memastikan mereka berada dalam kedudukan strategik dalam bekalan ekonomi global.
“Kita harus pastikan wujud daya tahan dalam berdepan konflik seterusnya dan Malaysia harus melihat pola ekonomi global (di pentas WEF)," katanya
Tambah Amir selain menyampaikan idea dan penyelesaian, Malaysia juga harus mempelajari dari negara lain melalui platform WEF untuk menambahbaik dasar dan strategi ekonomi dalam era pemulihan kini.
“Contohnya gangguan dalam ekonomi digital. Malaysia harus belajar dari negara lain juga bagaimana mereka melaksanakan dasar mereka. Begitu juga soal masa hadapan pekerjaan, bagaimana perniagaan dari negara lain melaksanakan waktu bekerja fleksibel.
“Malayisa harus bersedia menerapkan beberapa perkara dan pelajari amalan terbaik supaya kita tidak ketinggalan,” katanya ketika di temu bual Astro AWANI di Davos.
Delegasi Malaysia antaranya melibatkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, serta ketua empat syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Petronas, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
WEF wadah mencari kepimpinan jelas
Amir berkata WEF menjadi platform dialog terpenting pada masa ini dalam mencari solusi kepada semua masalah yang membelenggu dunia ketika ini.
“Penting untuk kita bina keyakinan melalui dialog, inilah perkara yang sering ditekankan di WEF dan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui dialog.
“Tetapi dialog ini harus bersifat terbuka dengan mengambil semua pandangan daripada dalan kerajaan mahu pun luar kerajaan dan mencari penyelesaian bukan sahaja untuk jangka pendek sebaliknya pemulihan krisis ini memerlukan rancangan yang jitu dan rapi untuk jangka panjang,” katanya.
Amir menegaskan dunia kini amat memerlukan kepimpinan yang jelas untuk membawa semua negara keluar daripada krisis kesihatan, ekonomi dan semua krisis yang bakal menjelma dalam jangka masa pendek mahupun panjang.
WEF di Davos akan berlangsung sehingga 26 Mei dengan menghimpunkan pemimpin politik dunia, perniagaan, masyarakat sivil, ahli akademik, dan pakar ekonomi bagi membincangkan langkah seterusnya yang harus dilaksanakan untuk pemulihan negara.
Najib Aroff
Sun May 22 2022
![WEF 2022: Malaysia harus bawa suara ASEAN, Asia Tenggara di Davos WEF 2022: Malaysia harus bawa suara ASEAN, Asia Tenggara di Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653207821_WorldEconomicForum.jpg)
Dalam keadaan dunia sedang melalui fasa The Great Reset, Malaysia harus meletakan posisi negara di tempat yang betul supaya segala cabaran semasa dan akan datang dapat diselesaikan dengan jitu. - AP
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737617004_AnwarIbrahim.jpg)
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
![Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737597464_AnwarIbrahim.jpg)
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
![PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025 PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737505348_tbAnwarIbrahimWEF.jpg)
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
![Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737505348_tbAnwarIbrahimWEF.jpg)
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
![Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737503824_AnwarIbrahim.jpg)
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
![Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737515078_tbAnwarIbrahimWEF.jpg)
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
![Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737495328_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar
Beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
![Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737494925_AnwarIbrahim.jpg)
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
![PM Anwar tiba di Davos untuk hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025 PM Anwar tiba di Davos untuk hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737413923_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tiba di Davos untuk hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025
Perdana Menteri tiba di Davos untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
![BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702477699_TBBzBee.jpg)
BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos
BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023.