Kerajaan akan memberi fokus kepada merapatkan jurang pendapatan antara negeri, golongan yang kaya dengan miskin serta bandar dan luar menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, wawasan itu akan memastikan rakyat mendapat bahagian yang adil, bukan menjadikan semua orang sebagai jutawan.
“Semua bersetuju bahawa terdapat jurang dalam negara ini seperti pendapatan negeri kaya dan negeri miskin.
“Justeru kita harus kurangkan jurang antara negeri kaya dengan miskin dan ini bermakna, tumpuan akan diberikan kepada negeri miskin untuk kita tingkatkan pendapatan mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Perdana Putra di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kabinet.
Menurut Dr Mahathir, jurang lain yang dikenal pasti adalah antara bandar dan luar bandar yang begitu ketara, dan satu program perlu diwujudkan untuk meningkatkan pendapatan luar bandar.
“Ketiga adalah jurang antara (golongan) kaya dan miskin di mana kita dapati yang miskin terlalu miskin berbanding yang kaya.
“Umpamanya, eksekutif dalam syarikat boleh dapat RM2 hingga RM3 juta setahun, sedangkan pekerja bawah tidak dapat, jauh sangat perbezaannya,” katanya.
Justeru kata beliau, pendapatan golongan pekerja perlu dipertingkatkan dengan memberikan mereka latihan dan memastikan mereka lebih produktif, bukan dengan cara hanya menaikkan gaji.
“Kita beri latihan kepada mereka supaya mereka ada kecekapan untuk membuat kerja yang lebih canggih.
“Contohnya, kita kini sudah terbabit dalam bidang aeroangkasa, bahkan sebahagian enjin kapal terbang dibuat di Malaysia.
“Mereka yang boleh buat kerja ini memiliki kebolehan tertentu tapi kalau mereka yang kurang kebolehan akan diberikan latihan,” katanya.
Mengulas mengenai kertas perbincangan dalam Mesyuarat Khas Jemaah hari ini, Dr Mahathir berkata, ia sudah dipersetujui secara prinsip dan akan dibentangkan sebagai Kertas Kabinet dalam mesyuarat Kabinet biasa.
“Umumnya kita bincang panjang dan lebar, yang mengambil masa tiga jam. Begitulah seriusnya kita dengan apa yang kita buat,” katanya.
Katanya, kertas perbincangan pada mesyuarat itu dibentangkan secara terperinci oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pembentang kertas, selain turut dibahaskan.
Pada Mei lalu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif baharu dikenali Kemakmuran Bersama, iaitu pembangunan yang tidak hanya dinilai melalui angka, sebaliknya pembangunan dan kekayaan harus diagih lebih adil supaya semua rakyat dapat merasainya.
Irwan Muhammad Zain
Sat Sep 14 2019
Menurut Dr Mahathir, jurang lain yang dikenal pasti adalah antara bandar dan luar bandar yang begitu ketara, dan satu program perlu diwujudkan untuk meningkatkan pendapatan luar bandar. - Gambar BERNAMA
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 rapatkan jurang antara miskin dan kaya
Terdapat jurang dalam negara ini, antaranya antara pendapatan negeri kaya dan negeri miskin seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.
Kerajaan fokus kurangkan jurang golongan miskin dan kaya - PM
Dr Mahathir berkata jika jurang itu tidak ditangani sebaiknya, ia boleh membawa kepada kesan buruk termasuk konflik seperti yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan Rusia.
PH akan pastikan orang Melayu tidak salah guna pemberian - Tun Mahathir
Kerajaan yang ada sekarang akan membuat sesuatu bagi menjayakan orang Melayu termasuk dalam aspek kewangan bagi mengurangkan jurang ekonomi mereka dengan kaum-kaum lain.
Nafi ultra Melayu: Musuh politik mahu lemahkan saya - Dr Mahathir
Perdana Menteri menegaskan dakwaan itu dibuat oleh Bapa Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, bagi menjatuhkan karier politik beliau.
Projek infrastruktur babitkan penyertaan asing hanya beri keuntungan kepada orang luar
Katanya, status projek berkenaan dibincangkan pada mesyuarat pembangunan fiskal negara pada Rabu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mentor berperanan besar hasilkan graduan berkualiti
Kehidupan di zaman kolej dan universiti memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada kehidupan seseorang graduan.
Rina tumpu rapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar
Stigma masyarakat yang menganggap kawasan luar bandar sebagai mundur dan tidak membangun adalah tidak benar dan beliau nekad membetulkan persepsi itu.
Jurang literasi Bahasa Inggeris antara bandar dan luar bandar semakin kecil
Jurang antara tahap literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar dan di bandar semakin kecil dari tahun ke tahun.
TPPA bukan penyelesaian menyeluruh rapat jurang pendapatan dalam negara
TPPA bukan satu-satunya penyelesaian dalam mengurangkan perbezaan jurang pendapatan di negara ini, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pemimpin, akar umbi UMNO harus perkukuhkan saf - Zahid
Beliau menggesa supaya pemimpin dan akar umbi parti memperkukuhkan saf dan merapatkan jurang dalam pada dilanda kemelut yang mampu menggugat kestabilan parti.