Orang ramai terutama penjawat awam perlu sentiasa berwaspada terhadap budaya pemberian hadiah supaya ia tidak menjurus ke arah pembaziran atau mendorong perbuatan jenayah seperti rasuah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
Malah, beliau berkata mereka diminta supaya tidak menerima sebarang pemberian bagi mengelakkan terjadinya amalan rasuah yang menjejaskan kelicinan perjalanan jentera pentadbiran sesebuah negara.
Katanya tindakan itu perlu dilaksanakan sebagai inisiatif terhadap usaha kerajaan membendung rasuah menerusi kawalan dalaman organisasi serta mewujudkan pelan tindakan pencegahan.
"Syarikat seperti Petronas telah mengambil inisiatif dengan tidak memberikan (atau menerima) hadiah. Langkah ini dilihat menjimatkan kerana mengelakkan pembaziran selain secara tidak langsung kita mampu mengurangkan amalan perlakuan rasuah," katanya di sini pada Sabtu.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-14 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.
Pada majlis itu sejumlah 848 graduan KAYM menerima skrol graduasi masing-masing dengan 211 daripadanya menerima Sijil Kemahiran Malaysia, tiga menerima ijazah sarjana muda daripada program Universiti Utara Malaysia dan selebihnya diploma.
Dalam pada itu, Razali berkata masyarakat di negara ini diminta tidak terus mempercayai persepsi negatif sengaja ditimbulkan pihak tertentu terhadap kerajaan, tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu.
Beliau berkata pihak tersebut, yang dipengaruhi orang luar, cuba melaga-lagakan masyarakat di negara ini dan memberikan implikasi negatif terhadap pentadbiran, ekonomi serta politik negara.
"Apa yang perlu dilakukan adalah kita beri ilmu pendidikan secara berterusan kepada orang ramai kerana saya yakin majoriti daripada rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang perlu mereka laksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2016
![Waspada budaya pemberian hadiah - Razali Waspada budaya pemberian hadiah - Razali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437838855_RazaliIbrahim.jpg)
RAZALI: Orang ramai terutama penjawat awam perlu berwaspada terhadap budaya pemberian hadiah supaya tidak menjurus ke arah pembaziran atau rasuah. - Gambar fail
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pengerusi Felda perlu diberi kebebasan bentuk kepimpinan baharu FIC Pengerusi Felda perlu diberi kebebasan bentuk kepimpinan baharu FIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437838855_RazaliIbrahim.jpg)
Pengerusi Felda perlu diberi kebebasan bentuk kepimpinan baharu FIC
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad perlu diberi kebebasan membentuk pasukan kepimpinan baharu FIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
![Rasuah: Aset hampir RM190 juta disita Rasuah: Aset hampir RM190 juta disita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437838855_RazaliIbrahim.jpg)
Rasuah: Aset hampir RM190 juta disita
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan membekukan aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
![Waspada budaya pemberian hadiah - Razali Waspada budaya pemberian hadiah - Razali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437838855_RazaliIbrahim.jpg)
Waspada budaya pemberian hadiah - Razali
Orang ramai terutama penjawat awam perlu berwaspada terhadap budaya pemberian hadiah supaya tidak menjurus ke arah pembaziran atau mendorong perbuatan rasuah, kata Datuk Razali Ibrahim.
![Pelatih AADK bakal sertai tenaga kerja sektor perladangan Pelatih AADK bakal sertai tenaga kerja sektor perladangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455695446_AADKFelda.jpg)
Pelatih AADK bakal sertai tenaga kerja sektor perladangan
Seramai 1,000 pelatih AADK bakal ditempatkan di 20 ladang FELDA dan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bermula pertengahan Mac depan.
![Rakyat diminta serah isu 1MDB kepada pihak berkuasa - Razali Rakyat diminta serah isu 1MDB kepada pihak berkuasa - Razali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437838855_RazaliIbrahim.jpg)
Rakyat diminta serah isu 1MDB kepada pihak berkuasa - Razali
Rakyat diminta supaya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia melibatkan maruah negara.
![Suara pemuda di MT Umno Suara pemuda di MT Umno](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71370414782_295x200.jpg)
Suara pemuda di MT Umno
Empat kepimpinan Pemuda Umno yang akan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno Oktober ini dilihat menyahut saranan meremajakan Umno.
!['Tanda Putera' wajar jadi bahan kajian ilmiah di IPT - Razali Ibrahim 'Tanda Putera' wajar jadi bahan kajian ilmiah di IPT - Razali Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377818371_295x200.jpg)
'Tanda Putera' wajar jadi bahan kajian ilmiah di IPT - Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata filem itu boleh dikaji dari sudut latar, karya dan jalan ceritanya.
!['NGO guna nama 1Malaysia perlu bertanggungjawab' 'NGO guna nama 1Malaysia perlu bertanggungjawab'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41359290793_295x200.jpg)
'NGO guna nama 1Malaysia perlu bertanggungjawab'
Datuk Razali Ibrahim menegaskan kegagalan NGO terbabit mengetengahkan fakta yang betul akan mengundang salah faham.
![Lebih 200 ribu pelajar IPT layak mengundi Lebih 200 ribu pelajar IPT layak mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359253538_120x90.jpg)
Lebih 200 ribu pelajar IPT layak mengundi
Dianggar lebih 200 ribu mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta layak mengundi pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.