IPOH: Pewartaan hutan batu kapur sebagai hutan simpan kekal atau kawasan perlindungan merupakan antara cara terbaik dalam memelihara serta mengekalkan kelestarian khazanah alam itu khususnya di kawasan Geopark Lembah Kinta.
Bekas Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak Mohamed Shah Redza Hussein berkata bagaimanapun perkara itu perlu dibincangkan dengan semua pihak berkepentingan kerana terdapat beberapa lokasi sekitar hutan batu kapur berkenaan telah dizonkan sebagai kawasan pengkuarian dan perlombongan.
"Pelan pengezonan ini telah dibuat sejak puluhan tahun lepas melalui perjanjian dan banyak konsesi telah diberi pajakan serta sewaan sebelum Geopark Lembah Kinta ini wujud.
"Kalau kerajaan menghentikan serta-merta aktiviti ini, maknanya perlu diberi pampasan kepada pihak konsesi. Jadi, sewajarnya pihak berkepentingan dan pihak konsesi sendiri bersama-sama memelihara kawasan ini dan pada masa sama mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Khazanah Batu Kapur: Mencari Keseimbangan Antara Kemampanan Ekonomi dan Konservasi di Masoorat Heritage Park di sini semalam.
Sebelum ini, Pegawai Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman mencadangkan supaya agensi berwajib menubuhkan sekurang-kurangnya satu petak contoh hutan batu kapur yang mempunyai status hutan simpan kekal bagi memastikan kawasan itu dipelihara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.
Selain itu, Mohamed Shah Redza berkata masyarakat terutama belia perlu diberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan kepentingan memelihara khazanah berkenaan yang menyimpan pelbagai sejarah tidak ternilai.
Sementara itu, Operator Masoorat Heritage Park Megat Mohd Shahrin Mohd Hamdan berkata forum berkenaan menghimpunkan lebih 70 belia terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut institusi awam.
Beliau berkata antara objektif utama ialah memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar mengetahui lebih luas berkaitan Gua Masoorat dan kepentingan untuk memelihara khazanah alam berkenaan.
"Pada program ini, mereka bukan sahaja dapat mengenali Gua Masoorat lebih dekat malah kita juga anjurkan pertandingan untuk mereka hasilkan video menarik berkaitan Gua Masoorat seterusnya sebarkan menerusi medium media sosial.
"Impaknya, ia sedikit sebanyak memberikan pengetahuan dan peluang kepada orang ramai mengenali Gua Masoorat selain pada masa sama pelajar ini mendapat pengetahuan tentang segala yang terdapat di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Mohamed Shah Redza berkata masyarakat terutama belia perlu diberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan kepentingan memelihara hutan batu kapur yang menyimpan pelbagai sejarah tidak ternilai. - Foto BERNAMA
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Warta hutan batu kapur sebagai HSK cara terbaik kekal kelestarian
Beberapa lokasi sekitar hutan batu kapur Geopark Lembah Kinta telah dizonkan sebagai kawasan pengkuarian dan perlombongan.