Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S Jeyaindran meminta waris yang mengesyaki anggota keluarga mereka maut dalam nahas bas di Genting Highlands datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan pengecaman.
Beliau juga meminta mereka membawa dokumen peribadi mangsa dan diri sendiri bagi membuktikan mereka adalah waris mangsa.
Katanya, identiti mangsa yang maut hanya akan dapat disahkan selepas selesai bedah siasat dan pengecaman oleh waris.
"Ini untuk mengelak berlakunya sebarang kesilapan kerana kebanyakan maklumat pengenalan diri gagal ditemui pada mangsa," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara.
Dr Jeyaindran berkata proses bedah siasat ke atas 37 mayat sudah bermula sejak 11.20 malam tadi dan dijangka selesai 9.30 pagi.
"Bagi setiap sesi bedah siasat sejam diperlukan, dan dengan bilangan 12 pakar forensik yang ada, pihak kami mampu melakukan bedah siasat empat mayat dalam satu sesi," katanya.
Mengenai 16 mangsa yang terselamat, Dr Jeyaindran berkata enam daripada mereka masih kritikal manakala 10 lagi stabil.
Beliau juga mengesahkan tiada kanak-kanak terlibat dalam tragedi itu.
Bernama
Thu Aug 22 2013
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
20 terbunuh di Mesir, bas mini terjatuh dalam terusan
Kementerian Kesihatan berkata 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat.
Waris diminta datang ke HKL untuk pengecaman mayat
Waris yang mengesyaki anggota keluarga mereka maut dalam nahas bas di Genting Highlands datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan pengecaman.