Polis Bukit Aman menumpaskan satu lagi sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah didalangi warga tempatan.

Serbuan di Selangor tiga hari lepas turut merampas 206 kilogram dadah bernilai lebih setengah juta ringgit.

Dalam serbuan itu tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 30 hingga 47 tahun turut ditahan.

Dalam serbuan itu juga, polis melakukan sitaan wang tunai serta tiga kenderaan bernilai lebih RM304,000.

Kesemua suspek direman selama 6 hari sehingga 13 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.