PUTRAJAYA: Seorang warga Singapura terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar 4,026.73 gram methamphetamine dan 243,69 gram Methenedioxymethamphetamine (MDMA).
Tan Khee Sen, 62, bagaimanapun disabitkan terhadap kesalahan memiliki dadah itu dan dijatuhi hukuman penjara masing-masing 16 tahun dan 15 tahun, berjalan serentak mulai 16 Sept 2016, hari dia ditangkap.
Ini bermakna Tan hanya akan menjalani hukuman penjara 16 tahun.
Tan, seorang pekerja kedai kopi, juga terlepas hukuman sebatan yang ditetapkan bagi kesalahan itu kerana undang-undang mengecualikan lelaki berumur 50 tahun ke atas daripada disebat.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah telah mengetepikan sabitan Tan bagi kesalahan mengedar dadah dan sebaliknya, mensabitkan Tan kerana memiliki dadah itu.
Hashim, yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata hakim Mahkamah Tinggi telah salah arah dengan tidak menyatakan sama ada Tan benar-benar atau dianggap memiliki dadah itu apabila memerintahkan Tan membela diri atas kesalahan mengedar dadah.
Hakim itu berkata, sabitan kesalahan Tan kerana mengedar dadah itu tidak selamat.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat bukti yang mencukupi untuk pertuduhan memiliki dadah itu.
Tan didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah itu oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 17 Jun 2020 dan dijatuhi hukuman mati.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor pada 12.45 tengah hari pada 15 Sept 2016.
Peguam yang ditugaskan oleh mahkamah Muhammad Abd Kadir telah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan Tan telah berada di penjara sejak ditangkap dan tidak mempunyai sabitan jenayah lain.
Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke berkata, melihat kepada trend hukuman bagi kesalahan itu, hukuman penjara yang dikenakan ke atas pesalah adalah antara 18 tahun hingga 20 tahun penjara. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Seorang warga Singapura terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar 4,026.73 gram methamphetamine dan 243,69 gram Methenedioxymethamphetamine. - Gambar hiasan

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.