Warganegara Singapura yang mempunyai saman trafik tertunggak boleh membuat semakan dan pembayaran saman di 900 kiosk yang telah disediakan di negara tersebut selain boleh melakukannya secara dalam talian.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman SAC Sharul Othman Mansor berkata setakat ini sebanyak 37,506 saman tertunggak membabitkan warga Singapura iaitu mencatatkan jumlah saman kenderaan asing tertinggi selepas Thailand, Brunei dan Indonesia sejak 2014.
"Pembayaran saman trafik boleh dibuat di 900 kiosk yang telah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sediakan di Singapura selain mereka boleh membuat bayaran secara online.
"Tidak ada alasan tiada kemudahan atau tempat untuk membuat pembayaran saman di Singapura, termasuk tidak ada keperluan untuk PDRM membuka kaunter khas di Kedutaan Malaysia di Singapura atau negara sempadan lain setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya selain itu pengguna kenderaan dari negara jiran itu juga boleh membayar saman trafik di beberapa lokasi di Johor seperti di Johor Premium Outlets selain di pusat rehat dan rawat (R
Beliau berkata menerusi Op Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) yang dijalankan sejak 2014, ia merekodkan sebanyak 61,057 saman tertunggak membabitkan warga asing atas pelbagai kesalahan daripada jumlah keseluruhan 81,708 saman yang dikeluarkan.
"Daripada jumlah itu hampir 60 peratus adalah saman melibatkan pengguna jalan raya dari Singapura dan kesalahan terbanyak melibatkan kes memandu lebih had laju," katanya.
Ditanya adakah pihak PDRM berkuasa untuk menyekat kemasukan kenderaan dan warga asing yang masih gagal membayar saman trafik beliau berkata PDRM tidak ada kuasa untuk melakukan perkara tersebut.
Sharul berkata OSTWA menggunakan dua peranti khas yang dikenali "Mobile Compound Online Payment System" (MCOPS) dan kamera "Intelligent Compound Online Payment System" (ICOPS) untuk menyemak dan mengesan saman tertunggak warga asing secara automatik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Sebanyak 37,506 saman tertunggak membabitkan warga Singapura iaitu yang tertinggi selepas Thailand, Brunei dan Indonesia.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber
MCMC dan PDRM akan meneliti SOP untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.
KDN FC diminta kekal momentum kemenangan
Michal Jerabek menuntut rakan sepasukannya terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menentang Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.
PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution
Tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.
Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Pulau Pinang terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan penugasan demi memelihara ketenteraman awam, kata Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.