KUALA LUMPUR: Ketokohan dan kepimpinan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sehingga digelar panglima perang Kementerian Kesihatan (KKM) terutama ketika berhadapan krisis COVID-19 akan terus menjadi inspirasi kepada semua petugas kesihatan di negara ini.
Menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube oleh Program Perubatan KKM bertajuk The Legend has Retired - Retirement of Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, rata-rata menyifatkan jasa dan pengorbanan Ketua Pengarah Kesihatan KKM itu yang akan bersara wajib Jumaat ini selepas mencurah bakti selama 35 tahun dalam lapangan kesihatan, sebagai sesuatu yang luar biasa.
Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM Dr Mohd Azman Yacob berkata kepimpinan dan dedikasi Dr Noor Hisham dalam meningkatkan martabat sektor kesihatan negara akan sentiasa dijunjung seluruh warga KKM.
"Kami akan teruskan legasi Tan Sri, semua tunjuk ajar Tan Sri pula akan menjadi aspirasi dan inspirasi kepada kami semua untuk terus mara ke hadapan," katanya.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM Dr Jafanita Jamaludin pula menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai figura yang sangat berkaliber dan memberi sepenuh komitmen dalam tugasannya.
Sementara itu Matron Kartina Mohammad Manan dari Bahagian Kejururawatan KKM berkata Dr Noor Hisham merupakan seorang ketua yang senang untuk dibawa berbincang dan mempunyai pengalaman yang cukup luas.
"Kalau ambil apa-apa keputusan, dia bijak, tak lari daripada landasan yang benar dan sangat memahami apa-apa masalah, malah sebarang keputusan besar yang ingin diambil menjadi mudah dalam masa singkat," katanya.
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan KKM Dr Hirman Ismail yang juga bekas pegawai khas Dr Noor Hisham pula berkata tokoh bidang perubatan itu sentiasa memberi penekanan kepada reformasi institusi kesihatan.
"Banyak program beliau telah bawa untuk kita ke arah itu antaranya termasuklah mewujudkan sistem Casemix (satu kaedah pengelasan episod rawatan pesakit kepada kumpulan penyakit) selain melakukan kajian bersama Harvard Medical School dan mahu menjadikan hospital sebagai premis mesra ibadah," katanya.
Dalam pada itu Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib mewakili seluruh warga perkhidmatan kesihatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sumbangan Dr Noor Hisham kepada bidang kesihatan negara.
"Nikmati masa persaraan bersama keluarga, semoga persaraan ini dipenuhi kebahagiaan, ketenangan dan dikurniakan kesihatan berpanjangan, budi Tan Sri tidak akan kami lupa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Rata-rata menyifatkan jasa dan pengorbanan Ketua Pengarah Kesihatan KKM itu sebagai sesuatu yang luar biasa. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.