Lelaki warga India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat bulan lepas, hari ini didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shabir Ahmad Khan, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, menganggu solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.
Mahkamah juga memerintahkan Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi di negara asalnya, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Kawannya, berasal dari Pakistan yang mempunyai taraf penduduk tetap membayar denda itu.
Pada 30 Sept lepas, Shabir yang didakwa atas tiga pertuduhan itu, pada mulanya mengaku bersalah namun pengakuannya tidak diterima selepas dia kelihatan keliru dengan pengakuannya.
Mahkamah kemudian memerintahkan dia dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental.
Sepanjang prosiding hari ini, Shabir kelihatan sugul dan kerap kali memandang ke lantai.
Dia mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dan fakta kes dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.
Menurut laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Bahagia yang dikemukakan pihak pendakwaan kepada mahkamah, Shabir didapati berada dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar akan perbuatannya semasa kejadian.
Bagaimanapun laporan itu menyatakan keadaan mental tertuduh bertambah baik dengan rawatan dan keadaan mentalnya juga stabil serta layak dihadapkan ke mahkamah untuk membela diri dan dibicarakan.
Shabir masuk ke negara ini sebagai pelancong menggunakan pas lawatan sosial.
Mengikut pertuduhan pertama, Shabir, yang berasal dari Kashmir didakwa dengan sengaja mencederakan imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika solat Jumaat mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Masjid Negara, Jalan Perdana, di sini pada 1.30 tengah hari, 18 Sept lalu.
Shabir juga didakwa tinggal di Malaysia walaupun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara minimum lima tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh menolak badan mangsa yang sedang mengetuai bacaan solat Jumaat pada rakaat pertama dan kemudiannya menampar pipi kiri mangsa dengan kuat hingga menyebabkan solat Jumaat terganggu sebelum diteruskan semula selepas tertuduh ditarik keluar oleh pengawal keselamatan.
Terdahulu, peguam Sharen Rosli yang mewakili Shabir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum memandangkan anak guamnya telah disahkan mengalami masalah mental yang dikenali sebagai penyakit dwikutub iaitu penyakit mental psikotik yang memerlukannya mengambil ubat untuk meneruskan kehidupan.
Beliau berkata sekiranya hukuman penjara dikenakan ia hanya akan menambah kemurungan anak guamnya.
"Berdasarkan laporan dari Hospital Bahagia, tertuduh disaran mendapatkan rawatan susulan daripada seorang pakar psikologi di negara asalnya di Kashmir," katanya sambil menambah anak guamnya itu telah insaf dan menyesal dengan apa yang dilakukan dan mahu menjalani rawatan pemulihan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.
Astro Awani
Fri Oct 30 2015
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Masjid Negara, Jalan Perdana, di sini pada pukul 1.30 petang, 18 Sept lalu. - Gambar Fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
Elaun bulanan imam diselaraskan Jakim
Semua pihak perlu menerima ketetapan tersebut dan berlapang dada atas kepelbagaian yang diamalkan kerajaan negeri masing-masing.
Tragedi 1 Syawal, imam dilanggar ketika berjalan kaki
Kejadian berlaku pada jam 1.43 tengah hari ketika mangsa berjalan kaki di tepi jalan tersebut.
Beri peluang kepada imam tempatan pimpin solat tarawih
Beri laluan sepenuhnya kepada imam-imam tempatan, para asatizah, para graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan.
Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara
Selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.
Terengganu lunas tunggakan elaun imam, bilal
Perbezaan pandangan dan parti antara faktor yang menyebabkan hak sebahagian imam dan bilal ini dinafikan sebelum ini.
Imam mengaku tidak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii terhadap adik ipar
Tertuduh didakwa melakukan aktiviti itu terhadap adik iparnya yang kini berusia 14 tahun sejak lima tahun lalu.
Warga emas mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Satu daripada tiga pertuduhan itu ialah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Kipas sebagai makmum, pelaku jahil - Mufti Pulau Pinang
Pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.
Bencana Gunung Jerai: 'Mak kata ayah tunggu di sana' - Anak mangsa
Ku Ahmad berkata, mereka sebenarnya sudah pasrah apabila mayat Allahyarham belum ditemui selepas beberapa hari dilaporkan hilang.