GEORGE TOWN: Perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam ketika menunaikan solat jelas menunjukkan pelaku jahil dalam agama selain sengaja mempersendakan Islam.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama Islam dan perlu diadili di mahkamah syariah.
Menurutnya, mempersendakan Islam jelas berdosa besar dan boleh merosakkan akidah seseorang itu.
"Rasanya isu ini tidak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.
"Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Wan Salim berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.
"Saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.
"Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah, maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada," katanya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam apabila menunaikan solat.
BACA: Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad
Ia susulan video tular baru-baru ini khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu, rata-rata berstatus bujang berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun May 29 2022

WAN SALIM: Sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat. - Foto Sinar Harian

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Cuaca panas: Utamakan peruntukan untuk selenggara kipas sekolah
Semua pengarah pendidikan negeri dan daerah diarahkan untuk mengutamakan peruntukan yang telah disalurkan bagi tujuan penyelenggaraan kipas di sekolah berikutan fenomena cuaca panas ketika ini.

Kipas sebagai makmum, pelaku jahil - Mufti Pulau Pinang
Pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.

Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad
Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Bapa terkejut temui mayat anak tergantung
Anaknya ditemui tergantung di ruang tamu dengan tali diikat pada kipas angin rumahnya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani kira-kira jam 10 pagi.

Program Titik Sentuhan tambah baik sistem pendawaian 10 sekolah tahfiz
ST mendapati kebanyakan kes kebakaran adalah kerana kecuaian pengguna dan Program Titik Sentuhan diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Terlanggar kipas Bersatu, lelaki mahu 'claim motor' daripada Tun M
Tun M mengarahkan pengurusan rasmi parti itu meneliti kes seorang lelaki yang terbabit kemalangan di bulatan Persiaran Kayangan.

Lelaki dijumpai mati tergantung di Kemaman
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun ditemui tergantung pada kipas siling di rumahnya.