ARAU: Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang di sini.
Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.
Katanya hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.
Ahmad Mohsin berkata mayat warga emas itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah dan pemeriksaan lanjut menemukan kesan lebam pada dahi, ubun kepala serta lidah mangsa manakala tulung rusuknya patah.
Beliau berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.
Katanya anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan telah memukul warga emas itu menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada 9 pagi semalam.
Ahmad Mohsin berkata hasil temu bual mendapati suami suspek, juga berusia 34 tahun, turut terlibat dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.
Beliau berkata suspek mendakwa punca pertengkaran kedua-dua beranak bermula apabila anak perempuan mangsa tidak tahan dan terlampau tertekan dengan karenah warga emas itu yang mengalami strok di bahagian badan sebelah kiri.
"Kedua-dua suspek tidak mengaku membunuh si mati dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ahmad Mohsin berkata polis akan membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kangar esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Polis berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan
Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang.