JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas kerugian RM1.2 juta selepas terperdaya dengan tawaran skim simpanan tetap dikenali sebagai "sharebooster" pada tahun 2020.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata mangsa, pengarah sebuah syarikat swasta berusia 62 tahun, telah ditawarkan oleh seorang kenalannya yang bertugas di institusi kewangan tempatan untuk menyertai skim yang dikendalikan oleh institusi berkenaan.
Beliau berkata individu itu menjanjikan dan meyakinkan mangsa bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah menyerahkan cek pembayaran berjumlah RM1.8 juta.
"Bagaimanapun, pada awal bulan ini, dia telah menghubungi suspek kerana ingin mengeluarkan faedah atas simpanan tersebut, namun suspek itu memberikan pelbagai alasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata mangsa yang berasa curiga telah membuat semakan dengan institusi kewangan berkenaan dan mendapati hanya RM600,000 sahaja daripada keseluruhan bayaran yang dibuat ada dalam akaun simpanan tetap miliknya.
"Hasil semakan lanjut, mangsa mendapati beberapa cek bayaran berjumlah RM1.2 juta yang diserahkan kepada suspek tidak didepositkan ke dalam akaun miliknya, sebaliknya ke lain-lain akaun atas penama yang tidak dikenali, sebelum dia bertindak membuat laporan polis pada Rabu (5 Jun)," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Mangsa dijanjikan bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain. - Gambar hiasan
Rusia lancar peluru berpandu di Kryvyi Rih
Rusia melancarkan serangan peluru berpandu ke sebuah hotel di bandar Kryvyi Rih, Ukraine tengah lewat malam Rabu sehingga menyebabkan dua nyawa terkorban dan mencederakan tujuh yang lain.

Eda Ezrin, keluarga menangis berpelukan
Pihak pendakwaan boleh memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan, dan keenam-enam tertuduh masih perlu berada di dalam penjara sementara menunggu keputusan rayuan.

NRES cadang serah kuasa kepada PDRM perkasa usaha tangani jenayah alam sekitar - Nik Nazmi
NRES sedang mempertimbangkan untuk menyerahkan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada PDRM bagi memperkasa usaha menangani jenayah alam sekitar.
Kerajaan pastikan `kek' ekonomi dikongsi secara adil
Antara inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan agihan 'kek' ekonomi negara dapat dinikmati secara adil oleh seluruh masyarakat termasuklah menggalakkan pelaburan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.
Kerajaan bincang RUU Pembiayaan Politik dengan parti
Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan setiausaha agung parti-parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik serta menangani isu dasar utama, menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Azalina menjelaskan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat ini bagi mengumpulkan pandangan serta pendirian semua parti berhubung cadangan perundangan tersebut, selain membincangkan isu-isu asas yang berkaitan.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Azalina menjelaskan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat ini bagi mengumpulkan pandangan serta pendirian semua parti berhubung cadangan perundangan tersebut, selain membincangkan isu-isu asas yang berkaitan.
Penjawat awam perak terima bonus Raya RM1,500
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam di negeri itu, disalurkan pada 24 Mac ini.
Ramadan: Jangan ambil kesempatan berniaga tanpa lesen
Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan peniaga kecil, namun tidak bermakna mereka boleh mengambil kesempatan dengan berniaga secara haram di bazar Ramadan sekitar ibu kota.
JKNT keluarkan 22 notis kepada peniaga bazar
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan 22 notis kepada peniaga bazar Ramadan atas pelbagai kesalahan dalam tempoh tiga hari pertama Ramadan, melibatkan kompaun berjumlah RM2,800.
[TERKINI] Lapan rumah rosak teruk, puting beliung, ribut landa Sekinchan
Sebanyak lapan buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian puting beliung yang melanda kawasan Parit 4, Sekinchan pada pagi Khamis.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Warga emas rugi RM1.2 juta diperdaya 'sharebooster'
Mangsa dijanjikan bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain.