Polis sedang memburu tiga suspek yang terlibat dalam kejadian samun seorang wanita warga emas berusia 63 tahun di Taman Megah Batu 9 Cheras, Kajang, awal pagi.
Mangsa juga terpaksa menerima 16 jahitan di kepala selepas dirawat di klinik berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam kejadian pukul 2.50 pagi itu, mangsa yang baru tiba di rumahnya diserang sekumpulan lelaki bersenjata.
“Tiga lelaki warga tempatan menaiki dua buah motosikal telah masuk ke pekarangan rumah mangsa.
“Suspek yang bersenjatakan parang telah menghampiri mangsa lalu menetak kepalanya dan melarikan beg tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata mangsa yang cedera parah di kepala menerima 16 jahitan selepas dirawat di klinik swasta berhampiran.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil memberi keterangan atau berhubung dengan pegawai penyiasat IPD Kajang, Inspektor Fazilatulaida di talian 012-2667402.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Afiezy Azaman
Wed Dec 12 2018

Mangsa yang cedera di kepala menerima 16 jahitan selepas dirawat di klinik swasta berhampiran. - Foto PDRM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.

PRU15: 12 laporan kesalahan dalam tempoh berkempen di Negeri Sembilan - Polis
Daripada jumlah itu lima kertas siasatan telah dibuka berhubung perbuatan khianat merosakkan poster dan bendera parti bertanding.

PRU15: 3,700 pegawai, anggota digerakkan di Negeri Sembilan
Pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ahmad Dzaffir Ketua Polis Negeri Sembilan baharu
Ahmad Dzaffir, 52, menggantikan Ruslan yang akan bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Cuba lari dari sekatan polis, lelaki ditahan bersama air ketum
Suspek yang berusia 33 tahun tersebut kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri daripada sekatan.

Mayat wanita dengan kesan kelar dijumpai
Mayat mangsa yang dianggarkan berusia 50-an dijumpai oleh anggota peronda yang sedang bertugas.

Polis siasat perhimpunan bekas ahli PKM di Kajang
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak namun pihaknya mengambil maklum akan perkara berkenaan.

Kanak-kanak lelaki retak tulang kaki dilanggar kereta ketika bermain
Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Kes belasah doktor sampai terduduk: Dua lelaki ditahan
Polis telah menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang doktor perubatan dipukul seorang lelaki di kliniknya di Bandar Baru Bangi, Jumaat lalu.