'Sudah jatuh di timpa tangga' begitulah nasib yang menimpa seorang warga emas apabila isterinya meninggal dunia sejurus mereka menjadi mangsa rompakan bersenjatakan parang oleh tiga orang lelaki dipercayai warga asing di rumah mereka di RPT Sungai Terah, Gua Musang, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Hamzah Doll, 77 tahun, bersama isterinya Sabariah Yusoff, 70 tahun, sedang nyenyak tidur sebelum didatangi tiga orang lelaki yang memakai baju serba hitam.
Menurut anak lelaki mangsa, Shahrom Hamzah, tiga lelaki tidak dikenali memasuki bilik tidur ibu bapanya dan mengacukan parang di leher dan perut bapanya.
Mereka kerugian kira-kira RM14,000 apabila barang kemas milik ibunya dan duit simpanan hasil menoreh getah bapanya turut dibawa lari perompak terbabit.
“Waktu itu semua orang sedang tidur. Pada pukul 2.30 pagi, perompak itu masuk selepas menghentak pintu belakang. Ayah dan emak tidak sedar waktu itu sebab sedang tidur.
"Dia masuk pintu dari belakang dan terus ke bilik utama ayah dan emak. Dia terus meletakkan parang atau pisau ke leher dan perut ayah. Dia tidak buat apa-apa kepada emak kerana tahu emak sakit,” kata Shahrom.
Katanya lagi, selepas bapanya pulang semula ke rumah selepas meminta bantuan jiran, ibunya ditemui terbaring di tangga berhampiran dapur dan ditemui sudah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan.
Astro Awani
Sun Nov 16 2014
![Warga emas maut selepas rantai leher direntap, keluarga kerugian RM14,000 Warga emas maut selepas rantai leher direntap, keluarga kerugian RM14,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368768610_295x200.jpg)
POLIS: Penjenayah telah mengikat suami mangsa sebelum merentap rantai leher mangsa.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720589107_Wanitanyarismautd.jpg)
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.
![Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026 Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717917584_FadillahYusof.jpg)
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.
!['Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi 'Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719406939_MohdAziziAbuNaim.jpg)
'Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi
Mohd Azizi Abu Naim menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719655040_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.
![Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718542599_tbtrafik.jpg)
Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.
![Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718435493_tbOrangAslilemas.jpg)
Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas selepas dikhuatiri hilang dihanyutkan arus semasa mandi bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kampung Setawar, Kuala Betis di sini pada Jumaat.
![Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717405222_GuaMusang.jpg)
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
![Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715575365_Lelakimautjpg.jpg)
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
![Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714202782_kemalanganmautkel.jpg)
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
![SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714032204_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).