Seorang lelaki warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 320.8 dekat Tapah di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa Teo Seng Yew, 59 tahun, maut apabila kenderaan pacuan empat roda Nissan X-Trail yang dinaikinya terbalik setelah bergesel dengan Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila Myvi yang dipandu Chen Eugene, 17 tahun, bergesel dengan pacuan empat roda tersebut yang dipandu Wong Meng Loen, 53 tahun.
Menurutnya kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan yang bergerak dari arah utara terbabas sebelum terbalik.
Katanya mangsa yang maut merupakan penumpang di tempat duduk belakang Nissan X-Trail manakala tiga lagi penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan.
“Pemandu kenderaan empat roda itu, Wong Meng Loen mengalami kecederaan di tulang belakang, penumpang di hadapan pula, Tan Wai Hong patah kaki sebelah kiri dan penumpang bahagian belakang, Wong Ah Low, luka di bahagian kepala.
“Manakala dua remaja, iaitu pemandu kereta Myvi, Chen dan penumpang, Foo Mun Teik, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Menurutnya lagi kesemua mangsa cedera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menyebabkan punca kemalangan masih dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Sun May 06 2018

Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan yang bergerak dari arah utara terbabas sebelum terbalik. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Warga emas maut kemalangan
Mangsa yang berusia 59 tahun, maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terbalik selepas bergesal dengan Perodua Myvi.