PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas maut akibat dilanggar sebuah lori ketika sedang melintas di kilometer (km) 17.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Damansara pada petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, warga emas berusia 60 tahun berkenaan disahkan maut di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah melintas jalan dan dilanggar oleh sebuah lori yang datang dari arah Rawang menghala ke Damansara.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Fakhrudin memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016 267 9025 bagi membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021
Wanita berusia 60 tahun maut dilanggar sebuah lori ketika cuba melintas di Lebuhraya NKVE pada Sabtu -Foto Sinar Harian
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Belanjawan 2025: Bantuan Warga Emas naik kepada RM600 sebulan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan.
Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun
USAHA yang konsisten dan belajar daripada kelemahan lalu menjadikan seorang lelaki berjaya meraih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun.
Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
Lima keldai akaun termasuk tiga wanita ditahan
Polis menahan tiga wanita dan dua lelaki kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM180,962 dalam kejadian berasingan semalam.
Bapa bebas tuduhan bunuh anak lelaki
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bapa daripada pertuduhan membunuh anak lelakinya, tiga tahun lepas.
Larian antarabangsa: Dua suspek berkelakuan tidak senonoh didakwa hari ini
Dua suspek warga asing kes berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini.
Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Lo Hiong Lan yang tinggal sendirian ditemukan di ruang tamu tingkat bawah rumah.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Pesara guru maut ditikam anak lelaki
Seorang pesara guru maut akibat ditikam anak lelakinya di rumahnya di Kampung Senaling, Kuala Pilah di sini, petang tadi.