BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal diboncengnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam dekat sini, pada Rabu.
Kemalangan tersebut mengakibatkan wanita berusia 66 tahun itu yang beralamat di Simpang Renggam meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan kejadian berdekatan kawasan Parit Hamid itu pada jam 11 pagi.
"Siasatan mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama iaitu dari Ayer Hitam menuju Batu Pahat.
"Semasa membonceng, mangsa telah terjatuh di atas bahu jalan sebelum dirempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.
"Wanita itu terjatuh dipercayai selepas hilang imbangan kerana sebelah kakinya kudung," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Beliau berkata, bagaimanapun suami wanita tersebut yang berusia 64 tahun iaitu penunggang motosikal tersebut serta pemandu lori berkenaan terselamat.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 07 2022
Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong-Ayer Hitam, Batu Pahat. -Foto Sinar Harian
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pasca UK Memilih: Scotland akui keputusan pilihanraya sukar buat Parti SNP
Menteri Pertama Scotland John Swinney mengakui keputusan pilihan raya umum UK pada Jumaat adalah sangat mencabar bagi Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah kerana kehilangan puluhan kerusi.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
Penunggang motosikal maut digilis lori ketika konvoi ke Cameron Highlands
Seorang penunggang motosikal maut digilis di bahagian kepala dalam kejadian kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Warga emas maut digilis lori
Semasa membonceng, mangsa dipercayai terjatuh di atas bahu jalan sebelum dirempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.
Lori terjunam: Pemandu maut digilis kenderaan dipandu
Seorang pemandu lori maut selepas digilis lori yang dipandunya dalam kejadian di kawasan pembinaan sebuah tapak projek.
Penunggang motosikal putus kaki digilis lori dalam kemalangan di Kerian
Kemalangan berlaku semasa lori dan motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Bagan Serai menghala ke arah Parit Buntar.
Murid Tahun 4 sempat hadir sambutan Aidilfitri di sekolah sebelum maut digilis lori
Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam pada Khamis.
Lelaki warga emas maut digilis, diseret lori
Kemalangan berlaku ketika lori berkenaan sedang bergerak terus di lorong kiri dari arah Puspakom Senawang menuju ke arah Sepang seorang diri.
Penunggang motosikal maut digilis lori
Mangsa terlanggar bucu kiri bahagian belakang sebuah Perodua Myvi sebelum terjatuh dan digilis lori.
Penunggang motosikal maut digilis lori
Akibat pelanggaran tersebut, motosikal mangsa hilang kawalan mengakibatkan mangsa terjatuh di tengah jalan dan digilis sebuah lori.
Murid Tahun Satu maut digilis lori selepas terjatuh motosikal
Muhammad Nur Rifqi Khairulamru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Polis cari pemandu lori terlibat kes langgar lari di Puchong
Mangsa Anuar Harun, Penguasa Kanan Bomba, Ketua Zon Daerah Petaling, maut di tempat kejadian selepas skuter ditunggangnya bergesel dengan lori terbabit.