IPOH: Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga emas mengabaikan keselesaan jirannya, apabila rumahnya menjadi 'gudang' pengumpulan sampah untuk dikitar semula sehingga gagal diurus dengan baik sejak tiga tahun lepas.
Sikap wanita berusia 60-an itu menyebabkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terpaksa menghantar tiga lori berkapasiti lapan tan ke rumahnya di Jalan Merpati, Taman Ipoh, pagi tadi untuk mengutip dan membuang 'timbunan' sampah yang dianggarkan seberat tiga tan.
MBI dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan hari ini merupakan kali ketiga pihak berkuasa tempatan itu menjalankan operasi pembersihan di lokasi sama selepas wanita berkenaan gagal menghentikan perbuatannya meskipun telah berkali-kali diberi nasihat.
Menurut MBI, wanita itu dan suaminya pernah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjalani kaunseling, namun 'kegiatan' warga emas itu tetap berulang.
"MBI menerima aduan kacau ganggu di premis ini sejak 2020, aktiviti menyimpan sampah di kediamannya adalah bagi mengitar semula sehingga menyebabkan kacau ganggu.
"Tindakan mengumpul barang kitar semula dan disimpan di rumah kediaman dalam keadaan tidak terurus itu boleh menyebabkan kacau ganggu bau, menjadi tempat hurungan tikus dan haiwan berbisa serta tempat pembiakan nyamuk," menurut kenyataan itu.
MBI turut memaklumkan aktiviti berkenaan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar di samping mencacatkan nilai estetik kawasan tersebut.
"Semakan mendapati sebanyak tujuh aduan diterima MBI sejak 2020 dan pemilik rumah (wanita) telah didenda RM500 di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 2021. Kes ini telah dirujuk untuk tindakan mahkamah kerana kesalahan berulang," menurut MBI.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

MBI turut memaklumkan aktiviti berkenaan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar di samping mencacatkan nilai estetik kawasan tersebut. - Gambar Bernama
AWANI Pagi: Strategi Pengurusan Emosi Ketika Berpuasa
Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bertujuan mengawal emosi dan minda. Justeru bagaimana kita boleh memastikan emosi berada pada tahap yang baik sepanjang Ramadan agar tetap produktif dan tenang dalam menghadapi setiap cabaran? Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
[Data & Statistik] Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2024
Indeks jurang gender Malaysia merekodkan skor 0.705 dengan dua sub-indeks kekal tinggi, pencapaian pendidikan 1.071 dan kesihatan & kehidupan 0.956

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.
OPR 2025: Ke mana Hala Tuju? Temubual Eksklusif Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, membincangkan trend OPR Malaysia pada tahun 2025, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan OPR, dan bagaimana ketidakpastian dasar Trump boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia.

Anggota polis maut motosikal bertembung dengan lori
Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Amerika bukan Kanada" - Mark Carney bidas ancaman AS
"Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika dalam apa jua bentuk."

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina

Kurang komunikasi punca Pemuda PH, BN dilihat sering berbalah - Mohd Hasbie
Menurut Mohd Hasbie, kali terakhir sayap pemuda parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk BN dan PH bermesyuarat adalah pada pertengahan tahun lalu.

Warga emas jadikan rumah tempat 'timbunan sampah', abai keselesaan jiran
Menurut MBI, wanita itu dan suaminya pernah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjalani kaunseling, namun 'kegiatan' warga emas itu tetap berulang.