Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM496,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kononnya dia terlibat dalam pengubahan wang haram sejak pertengahan bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai pos laju bagi membuat siasatan berhubung kiriman bungkusan atas nama mangsa.
"Kiriman itu dikatakan berkait dengan siasatan kes pengubahan wang haram menyebabkan panggilan itu perlu disambung kepada pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, yang kemudian mengarahkan supaya wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) mangsa dipindahkan ke akaun bank.
"Mangsa memindahkan wangnya dan selepas hampir seminggu, suspek yang menyamar polis sekali lagi menghubungi mangsa bagi meminta maklumat peribadi perbankan kononnya bagi tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa hanya menyedari wang simpanannya berkurangan sebanyak RM496,000 selepas membuat semakan di cawangan bank di Bentong, kira-kira 170 kilometer dari sini, Isnin lepas.
Panik dengan kehilangan wang itu, mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal menyebabkan dia membuat laporan polis di Balai Polis Karak, Bentong semalam.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 20 2020
Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM496,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam. -Gambar fail
Mayat lelaki hilang ditemui di Sungai Pahang
Mayat Mahadir Abd Hamid, 49, ditemui kira-kira jam 8 malam di kawasan Pulau Che Abas, Kampung Pulau Jawa.
Isu pinjam motosikal, lelaki cedera ditikam rakan
Seorang lelaki cedera dengan empat kesan tikaman pada bahagian badan dalam insiden perselisihan faham dengan rakannya di sebuah pangsapuri di Semenyih, Selangor petang semalam.
Baim Wong enggan ulas isu pergolakan rumah tangga
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Baim meminta agar orang ramai mendoakan perkahwinannya.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan dalam julat 1,610 - 1,632
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Ogos 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 Ogos 2024
1️⃣ Prestasi mingguan Bursa Malaysia
2️⃣ SUKMA 2024
3️⃣ Kes pertama polio dikesan di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Prestasi mingguan Bursa Malaysia
2️⃣ SUKMA 2024
3️⃣ Kes pertama polio dikesan di Gaza
#awaniringkas
Piala Super Saudi: Cristiano Ronaldo tinggalkan stadium selepas Al-Nassr tewas
Pemain berusia 39 tahun itu berharap untuk memenangi trofi keduanya sejak berpindah ke Arab Saudi pada Januari 2023.
'Cukup main politik, sekarang masa untuk bekerja' - Awie
Mohd Azmawi berkata, sudah tiba masa untuk berkhidmat selepas mendapat kepercayaan pengundi dengan kemenangan majoriti besar 3,352 undi.
Twitch perkenal 'video stories', bersaing dengan Instagram, TikTok
Kemas kini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia melalui aplikasi mudah alih Twitch.
EPL: Mitoma sememang pemain berbakat - Welbeck
Mitoma menemui sasaran di Goodison Park bersama Welbeck dan Simon Adigra ketika Seagulls memulakan kempen EPL dengan penuh meyakinkan.
EPL: Bukayo Saka seperti dari planet lain - Kai Havertz
Saka menghasilkan hantaran silang yang menarik untuk Havertz menanduk masuk gol pembukaan perlawanan di Stadium Emirates.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.
Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi
Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula berpindah ke alam maya termasuk media sosial.
Dalang penipuan jenayah talian boleh dikenakan tindakan di bawah RUU Kanun Keseksaan
RUU itu akan memastikan dalang yang terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan yang disediakan.
90,000 kamera CCTV dipasang di Kabul, Afghanistan
Kira-kira 90,000 kamera CCTV telah dipasang di kawasan sensitif, tempat sesak, dataran dan persimpangan jalan di Kabul.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.