PASIR MAS: Pengalaman perit dilalui keluarganya setiap kali berdepan musibah banjir menyebabkan seorang warga emas bertekad menyumbangkan kudrat bagi membantu pihak berkuasa secara sukarela.
Che Harun Awang, 65, dari Kampung Teresek di sini, berkata setiap kali musim banjir dia akan membawa keluar perahunya dan menawarkan bantuan kepada penduduk yang ingin berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan.
Menurutnya keinginan untuk membantu penduduk timbul selepas rumahnya sendiri terkesan banjir sejak beberapa tahun lepas dan berhadapan kesukaran untuk berpindah.
"Tahun ini sahaja sudah tiga kali penduduk di kampung saya dan Kampung Serongga terpaksa berpindah ke PPS Sri Kiambang selepas kediaman kami dinaiki air.
"Sebulan lepas ada rumah penduduk dinaiki air hingga paras leher. Keadaan itu amat bahaya dan saya memutuskan untuk memberikan bantuan awal kepada penduduk yang perlu berpindah," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Katanya sejak semalam dia sudah membantu memindahkan empat keluarga dengan mengayuh perahu sejauh dua kilometer di laluan kampung yang dinaiki air sedalam antara 0.5 hingga satu meter.
Che Harun berkata meskipun penat, dia puas kerana dapat membantu penduduk yang memerlukan.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata lapan kampung di sekitar Pasir Mas masih dinaiki air.
"Antara lokasi terjejas ialah Pengkalan Jeruk, Kubang Pak Itam, Serongga, Gelang Mas dan Banggol Kual. Pemantauan yang dilakukan di kesemua kampung tersebut dengan kawasan paling dalam direkodkan adalah 0.8 meter (m) dan paling cetek 0.2 m.
"Polis menasihatkan kepada semua mangsa banjir supaya segera berpindah sekiranya paras air di kawasan tempat tinggal mereka membahayakan apatah lagi keadaan cuaca sekarang tidak menentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Che Harun Awang, 65, dari Kampung Teresek di sini, berkata setiap kali musim banjir dia akan membawa keluar perahunya dan menawarkan bantuan kepada penduduk yang ingin berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan. - Foto BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
Warga emas didakwa cederakan rakan
Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakannya hingga parah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Polis buka buka kertas siasatan kes aniaya kucing tular
Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki warga emas yang mengheret seekor kucing menggunakan jaring dipercayai kerana selalu membuang najis di hadapan rumahnya.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Warga emas ditemukan mati seorang diri dalam rumah di Kuala Krai
Seorang warga emas lelaki ditemukan telah meninggal dunia seorang diri di dalam sebuah rumah dekat Taman Orkid oleh orang awam, semalam.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.