KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 67 tahun hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan permohonan ibu kepada tujuh anak itu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mengemukakan bantahan.
Peguam Larissa Ann Louis memaklumkan mahkamah bahawa AGC menyatakan perkara itu dalam surat bertarikh 3 Jan lepas dan mahkamah kemudian menetapkan 19 Jan depan untuk pengurusan kes.
Wanita itu, yang memfailkan permohonan tersebut pada 22 Nov tahun lepas dan menamakan Ketua Setiausaha KDN, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden, antara lain meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan menolak permohonan beliau untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia dalam surat bertarikh 23 Ogos tahun lepas adalah batal serta tidak sah.
Berdasarkan afidavit yang difailkan di mahkamah, wanita itu berkata beliau lahir pada 1955 di Hospital Teluk Anson, Perak tetapi telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya serta dibesarkan oleh ibu bapa angkat yang merupakan rakyat Malaysia dan kini ibu bapa kandungnya sudah meninggal dunia.
Beliau telah berkahwin pada 1974 dengan lelaki yang tidak bernegara namun mempunyai status pemastautin tetap dan mereka memiliki tujuh anak sebelum suaminya meninggal dunia pada 2016.
Pada 2017, wanita itu telah memohon kepada JPN untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia melalui proses naturalisasi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang ditolak pada 23 Ogos tahun lepas tanpa sebarang alasan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Seorang wanita berusia 67 tahun hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan KDN yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia. - Gambar fail
Paris 2024: Lee Zii Jia tumpaskan rakan karib, jumpa Kunlavut di separuh akhir
Perseorangan negara, Lee Zi Jia, membuktikan ketangkasannya ketika berjaya mengecewakan rakan karibnya, Anders Antonsen, dalam pertemuan suku akhir di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.
11 maut bangunan lima tingkat di Manila terbakar
Sekurang-kurangnya 11 maut dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman dan komersial lima tingkat di kawasan chinatown di Manila, Filipina pada Jumaat.
Pasukan penyelamat giat lakukan pencarian lebih 40 penduduk hilang
Dalam insiden itu, pihaknya percaya lebih daripada 49 orang dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Angka kematian tanah runtuh di India melebihi 300
Operasi mencari mencari mangsa tanah runtuh yang berlaku pada Selasa diteruskan pada Jumaat di Daerah Wayanad, Negeri Kerala, India apabila angka kematian akibat bencana itu melebihi 300 orang.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
Universiti sukan: Fungsi, aspek hala tuju perlu dikaji terlebih dahulu
Fungsinya perlu dikaji terlebih dahulu kerana ketika ini terdapat tidak kurang daripada tujuh universiti yang menawarkan kursus berkaitan sukan.
Pengosongan kerusi ADUN Mahkota diumum Ahad ini
Pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota akan diumumkan pada Ahad ini 4 Ogos.
Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya pada Mac tahun lepas, memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat bahawa, pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
5 pekerja kontraktor ditahan curi kabel projek LRT3
Polis menumpaskan kumpulan pencuri kabel di tapak pembinaan LRT3 yang membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta dengan penahanan lima pekerja kontraktor di tiga tapak projek berkenaan, pada Khamis.
Taktik seludup minyak masak bersubsidi ke Kemboja gagal
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi dipercayai hingga ke Kemboja berjumlah 116 kilogram (kg) selepas menahan dua individu warga asing di Padang Besar pada 24 Julai lalu.
Warga emas dipenjara 38 tahun bunuh abang, kakak ipar guna kapak
Seorang lelaki warga emas dihukum penjara 38 tahun oselepas mengaku bersalah membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan kapak.
Pentingnya pendedahan penggunaan pembayaran tanpa tunai kepada warga emas
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat, terutamanya warga emas, mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
Pekerja pembersihan didakwa rompak wanita 87 tahun
Seorang pekerja pembersihan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak wang tunai RM600 milik seorang wanita berusia 87 tahun di sebuah pangsapuri.
Warga emas dicari, lebih sebulan menghilang
Polis Daerah Taiping dalam satu kenyataan memberitahu, wanita itu dikenali sebagai Haliza Mohd Taib dan bekerja sebagai pembantu kedai.
Pejalan kaki mangsa langgar lari meninggal dunia
Polis menerima makluman daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengenai kematian wanita berusia 64 tahun itu petang semalam.
Bekas ahli perniagaan dipenjara empat tahun terima deposit pelaburan tanpa lesen sah
Seorang bekas ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima wang deposit lebih RM130,000 tanpa lesen sah.
Perbankan di kaunter bagi pastikan keselamatan kewangan warga emas - Lee Lam Thye
Urusniaga perbankan di kaunter perlu dibenarkan bagi memastikan keselamatan kewangan warga emas dan mengelakkan aktiviti penipuan.
Lelaki perdaya warga emas melalui pemohonan bantuan eKasih ditahan
Polis Perak berjaya menahan suspek berusia 49 tahun itu di perkarangan IPD Kota Setar pada 2 Julai setelah menerima 38 laporan penipuan.
Penunggang motosikal warga emas maut dilanggar lori
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, maklumat berkaitan kemalangan terbabit diterima pada jam 11.50 pagi melibatkan penunggang motosikal berusia 64 tahun dan lo
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.