KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tangan kanannya digigit seekor buaya di sebuah kawasan paya berhampiran Padang Papan di Manir dekat sini, petang Jumaat lepas.
Che Man Zakaria, 61, yang bekerja sebagai penangkap ikan darat berkata kejadian pada pukul 7.25 petang itu berlaku ketika beliau sedang mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib.
"Saya baru sahaja selesai menangkap ikan darat di paya itu dan ingin solat Maghrib terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
"Ketika mengambil wuduk dalam keadaan mencangkung, tiba-tiba muncul seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menyambar tangan kanan saya.
"Kejadian itu menyebabkan saya terjatuh ke dalam paya.
"Kawan-kawan saya yang tidak sedar kejadian itu, bertanya kenapa saya terjun, saya cakap bukan saya terjun tetapi ada buaya sambar tangan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kebor Besar di Manir dekat sini.
Katanya setelah menggigit tangannya reptilia itu terus menghilangkan diri di dalam paya dan tidak lagi timbul walaupun dia dan rakan-rakan cuba mencari haiwan itu.
Che Man berkata dalam keadaan berlumuran darah, beliau menggagahkan diri menunggang motosikal pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga.
Kejadian itu menyebabkan beliau terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan menerima 12 jahitan di tangan kanan.
Bapa kepada 10 anak itu memberitahu sebelum ini beliau pernah tersempak dengan buaya di kawasan paya berkenaan namun kejadian pada petang Jumaat itu adalah kali pertama haiwan itu menyambarnya.
"Saya percaya ada lagi dua atau tiga ekor buaya di kawasan paya itu.
"Mungkin reptilia itu terlepas masuk dari Sungai Nerus akibat banjir Disember lepas," katanya yang telah 15 tahun menangkap ikan darat sebagai sumber rezeki untuk menyara kelurga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Che Man Zakaria menunjukkan parut luka pada tangannya akibat diserang buaya ketika mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib. -Bernama
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.

Buaya baham kanak-kanak perempuan ditembak mati
Reptilia berukuran 4.2 meter yang membaham seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada awal Julai lalu ditembak mati pihak berkuasa Australia.

Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.

Bot terbalik, nelayan dipercayai dibaham buaya
Sekurang-kurangnya seorang nelayan dikhuatiri dibaham buaya selepas bot dinaiki terbalik di pantai Kampung Makuau, Tungku, di sini, Jumaat malam.

Hilang ketika memancing, anggota badan warga emas ditemui dalam perut 2 buaya
Anggota badan seorang lelaki warga Australia yang hilang ketika memancing bersama rakan-rakannya ditemui di dalam perut dua ekor buaya.

Warga emas cedera digigit buaya ketika ambil wuduk
Kejadian pada pukul 7.25 petang itu berlaku ketika beliau sedang mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib.

Abang parah, adik cedera diserang buaya
Dua beradik lelaki cedera akibat diserang buaya dalam kejadian di tebing Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, di sini, pada Isnin.

Lagi serangan buaya di Lahad Datu, kanak-kanak 7 tahun parah
Selepas satu kejadian serangan buaya sehingga menyebabkan kematian di sini minggu lalu, hari ini seorang lagi kanak-kanak nyaris maut diserang reptilia berkenaan.

Waspada aktiviti di air, elak bertembung dengan sang buaya! - JBPM Sarawak
Penurunan aktiviti air melibatkan operasi perkapalan, feri dan nelayan secara semula jadi mendorong buaya untuk kembali aktif.

Mayat ditemui tanpa kaki dan tangan dipercayai dibaham buaya
Mangsa yang kenali sebagai Binyonjinnul,36 tahun ditemukan anggota bomba berserta bantuan orang awam kira-kira 600 meter dari tempat lelaki itu dipercayai hilang.