MELAKA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya di Kampung Tengah, Pulau Gadong, Klebang di sini, pada Selasa lepas.
Perhilitan Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan serangan buaya tersebut berlaku pada kira-kira 6 petang di tepi tebing Sungai Ayer Salak di kampung berkenaan yang menempatkan kandang kambing milik seorang penduduk di kampung itu.
"Kejadian dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar menerusi panggilan telefon semalam sebelum anggota Perhilitan Melaka digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.
"Hasil siasatan mendapati kejadian benar berlaku dan jarak kandang kambing berkenaan dengan sungai ialah kira-kira 100 meter," menurut kenyataan itu.
Menurut Perhilitan Melaka ketika kejadian, kambing berkenaan dipercayai berada di gigi air sungai tersebut sebelum seekor buaya dipercayai buaya tembaga menyerang haiwan ternakan itu.
Perhilitan Melaka memaklumkan buaya tersebut kemudian dipercayai melarikan diri ke arah hulu sungai dan kawasan serangan berkenaan merupakan kawasan habitat buaya.
Menurutnya kawasan sepanjang tebing sungai tersebut telah diletakkan papan tanda memaklumkan ia adalah habitat buaya dan serangan itu merupakan kejadian kali pertama.
Berdasarkan Rekod Aduan Konflik Hidupan Liar Pejabat Perhilitan Melaka, jabatan itu sering menerima aduan tentang kemunculan buaya di kawasan itu pada 2020, 2022, 2023, namun pada tahun ini tiada kes kecederaan atau kematian manusia akibat diserang buaya direkodkan di negeri itu.
Agensi itu turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan sebarang hidupan liar dan tidak melakukan provokasi.
Sebarang aduan serta maklumat berkaitan hidupan liar boleh disalurkan kepada jabatan itu melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Menurut Perhilitan Melaka ketika kejadian, kambing berkenaan dipercayai berada di gigi air sungai tersebut sebelum seekor buaya dipercayai buaya tembaga menyerang haiwan ternakan itu. - Gambar/ Sinar Harian

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.