Warga China mencatatkan pemohon paling ramai untuk menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dengan 11,820 permohonan diluluskan sejak program itu diperkenalkan pada 2002 hingga Jun tahun ini (2018), kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Rashidi Hasbullah.
Ini diikuti warga Jepun dengan 4,618 permohonan diluluskan, Bangladesh (4,108), United Kingdom (2,608), Republik Korea (2,069), Singapura (1,421), Iran (1,381), Taiwan (1,347), Pakistan (1,017) dan India (1,008) dalam tempoh yang sama, kata beliau.
Beliau berkata bandaraya yang menjadi pilihan utama pemohon MM2H yang berjaya ialah Kuala Lumpur diikuti oleh Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Melaka.
"Pemasaran yang agresif, cuaca yang baik, kos hidup yang berpatutan ialah antara faktor bagi jumlah permohonan MM2H yang diluluskan meningkat dengan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata beliau ketika merasmikan Bengkel Kebangsaan Malaysia Rumah Keduaku 2018 di sini hari ini.
Rashidi berkata Program MM2H mencatatkan sejumlah 40,000 permohonan dari 130 negara yang diluluskan sejak diperkenalkan pada 2002 hingga Jun tahun ini.
Program MM2H membolehkan warga asing yang memenuhi kriteria tertentu untuk tinggal di Malaysia selama mungkin dengan menggunakan pas lawatan sosial berbilang kemasukan. Pas lawatan sosial pada mulanya ialah untuk tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui.
Pemohon MM2H yang berusia 50n tahun ke atas perlu mempunyai simpanan tetap sebanyak RM150,000 sementara mereka yang berumur bawah 50 tahun mesti mempunyai deposit tetap berjumlah RM300,000. Selain itu, pemohon perlu menunjukkan pendapatan luar pesisir sebanyak RM10,000 sebulan.
Rashidi berkata jumlah permohonan MM2H yang diluluskan pada 2017 ialah 6,195, 2016 (3,347) dan 2015 (2,211).
"Tahun lepas. MM2H menyaksikan sejumlah besar peningkatan pemohon dari Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat," kata beliau.
Rashidi berkata untuk tempoh 2018 sehingga Jun, jumlah permohonan yang diluluskan ialah 1,009.
Sementara itu, Pengarah Pusat Malaysia Rumah Keduaku Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail Aljafree menjangka jumlah peserta dari Jepun untuk program MM2H meningkatkan tahun ini berikutan wawasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghidupkan semula dasar Pandang ke Timur.
Long Stay Foundation dari Jepun mengakui Malaysia sebagai destinasiuntuk tempoh paling lama yang menjadi pilihan utama warga Jepun sejak 2006 untuk rekod 12 tahun berturut-turut, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 09 2018
![Warga China catat pemohon paling ramai sertai Program Malaysia Rumah Keduaku Warga China catat pemohon paling ramai sertai Program Malaysia Rumah Keduaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442071299_KUALALUMPUR.jpg)
Selepas warga China, permohonan terbanyak diperoleh daripada warga Jepun, Bangladesh dan United Kingdom. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692366914_KhairulFirdausAkba.jpg)
MOTAC sasar 3.2 juta pelancong Muslim ke Malaysia tahun ini
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 3.2 juta ketibaan pelancong muslim di negara sepanjang tahun ini, berbanding 2.1 juta pada tahun lepas.
![MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681444944_TiongKingSing.jpg)
MOTAC ambil serius aduan pelancong berkaitan isu kebersihan Semporna - Tiong
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius setiap aduan pelancong mengenai tahap kebersihan di daerah ini yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.
![Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691466624_DatukRoslan.jpg)
Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
![Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688805191_EmrazTravel.jpg)
Lesen syarikat Emraz Travel and Tours digantung enam bulan
Lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. akan digantung selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai ini sehingga 9 Januari 2024.
![MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678963029_KhairulFirdausAkba.jpg)
MOTAC, IPTA bekerjasama perkukuh kajian warisan negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh kajian berhubung khazanah warisan negara menerusi kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
![Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677742728_Menipupakejumrahd.jpg)
Wanita didakwa tipu, tawar pakej umrah dan haji tanpa lesen
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dan menawarkan pakej umrah serta haji tanpa lesen yang sah.
![MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674378892_TBMOTACCHINA.jpg)
MOTAC sasar hingga 6 juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini - King Sing
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari negara China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.
![MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669638104_SarayaArbi.jpg)
MOTAC gantung lesen Apsan Travel and Tour Sdn Bhd
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 9 Dis lepas hingga tarikh tamat lesen syarikat itu pada 10 April 2023.
![Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kekal - Tiong Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kekal - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670479966_TiongKingSing.jpg)
Nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kekal - Tiong
Menteri beri jaminan bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya.
![Malaysia berupaya jadi destinasi acara perniagaan pilihan - Nancy Malaysia berupaya jadi destinasi acara perniagaan pilihan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660988613_NancyShukri.jpg)
Malaysia berupaya jadi destinasi acara perniagaan pilihan - Nancy
Malaysia mempunyai kelebihan untuk menjadi destinasi acara perniagaan yang menjadi pilihan dalam kalangan komuniti perniagaan, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.