Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut manakala seorang rakan senegaranya cedera setelah dihempap dengan bahan konkrit di sebuah kilang bahan binaan di Mukim Jerang Batu, Pekan Nanas, dekat Pontian, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nenas Hairulnizam Md Nor berkata kejadian berlaku pada pukul 11.50 pagi semasa dua lelaki warganegara Bangladesh itu yang berumur dalam lingkungan umur 35 hingga 40 tahun sedang bekerja.
"Setibanya bomba di tempat kejadian, lelaki pertama yang cedera telah dikeluarkan oleh pihak pekerja di kawasan itu, namun lelaki kedua yang maut di tempat kejadian terpaksa dikeluarkan dengan menggunakan bantuan kren," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi yang berakhir pada 2.16 petang itu melibatkan lapan orang anggota dan sebuah jentera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 23 2020

Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut manakala seorang rakan senegaranya cedera setelah dihempap dengan bahan konkrit di sebuah kilang.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Warga Bangladesh maut dihempap bahan konkrit di Pontian
Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut manakala seorang rakan senegaranya cedera setelah dihempap dengan bahan konkrit di sebuah kilang bahan binaan di Mukim Jerang Batu.