KUCHING: Seorang wanita warga emas berusia awal 70-an berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM800,000 akibat terpedaya dengan pulangan pelaburan mata wang digital kripto tidak wujud di media sosial yang menjanjikan keuntungan AS$5 juta (RM23.65 juta).
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata bekas pekerja sebuah institusi kewangan di sini itu tertarik dengan pulangan pelaburan tersebut yang kononnya dikendalikan sebuah syarikat dikenali sebagai "Accerx" yang berpangkalan di Hong Kong melalui Facebook.
"Mangsa kemudian telah menekan satu pautan sebelum nombor telefon beliau dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp 'X-4 Beacon pasaran saham secara automatik.
"Selepas itu, mangsa berurusan dengan seorang wanita yang kononnya wakil syarikat Accerx, suspek telah memberi penerangan mengenai pelaburan itu yang menjanjikan keuntungan 20 hingga 30 kali ganda," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mancha berkata mangsa bersetuju membeli beberapa 'coin' tersebut dalam nilai dolar Amerika Syarikat (USD) secara berperingkat dan telah diberikan ID bagi membolehkannya mengakses laman web www.accerxq.com untuk membuat pelaburan dan memantau keuntungan yang diperolehi.
"Mangsa melakukan empat transaksi pembayaran berjumlah lebih kurang RM800,000 melalui pemindahan wang secara dalam talian, mesin deposit tunai dan kaunter bank ke dua akaun bank atas nama syarikat tidak dikenali pada penghujung bulan ini.
"Mangsa hanya menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan wang keuntungan berjumlah lebih kurang AS$5 juta, malah suspek meminta mangsa membuat bayaran cukai berjumlah RM1.2 juta sekiranya ingin mengeluarkan wang pelaburan dan keuntungan tersebut," katanya.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan kerana menipu dengan cara mendorong supaya harta diserahkan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan tidak kurang setahun atau 10 tahun serta sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Seorang wanita warga emas berusia awal 70-an berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM800,000 akibat terpedaya dengan pulangan pelaburan mata wang digital kripto tidak wujud di media sosial. - Gambar hiasan
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Wanita warga emas putih mata rugi RM800,000 terpadaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang wanita warga emas berusia awal 70-an berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM800,000 akibat terpedaya dengan pulangan pelaburan mata wang digital kripto tidak wujud.

Penggunaan bitcoin dilarang dalam Islam
Penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini dilihat mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan negara.

Wang digital dicuri, persatuan mata wang kripto Jepun bakal bergabung
Ia bagi menjamin keselamatan pelabur pasca kes kecurian wang digital bernilai AS$530 juta bulan lepas.

Tiada kes mata wang digital diguna bagi pembiayaan keganasan di Malaysia
Tiada kes dilaporkan bahawa mata wang digital digunakan bagi pembiayaan keganasan di Malaysia.