Doan Thi Huong, wanita Vietnam yang sebelum ini dituduh membunuh Kim Jong-nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Malaysia pada 2017, telah menulis pesanan peribadi untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa terlibat dan mereka yang telah memberi ucapan selamat yang membantu kepada pembebasan awalnya.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili wanita berusia 30 tahun itu telah membacakan pesanan peribadi wanita tersebut yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
"Terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Malaysia, timbalan pendakwa raya, hakim, semua peguam, Kerajaan Vietnam, kedutaan (Vietnam di Kuala Lumpur) dan Persekutuan Peguam Vietnam dan media yang telah memberi sokongan kepada beliau.
"Dan terima kasih banyak-banyak juga kepada setiap orang yang telah berdoa untuk saya di gereja dan juga di rumah.
"Terima kasih Tuhan Jesus kerana kasih sayang (yang dicurahkannya) kepada saya," kata pesanan itu.
Doan, yang ditahan selama lebih dua tahun di Penjara Kajang, dibebaskan hari ini. Dia bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu yang dihadiri media tempatan dan asing.
Teh berkata beliau dan dua peguam dari firma guamannya iaitu Datuk Naran Singh dan Salim Bashir akan mengiringi Doan ke Hanoi, Vietnam menaiki pesawat Vietnam Airlines yang dijadual berlepas pada 7.15 petang.
Pada 1 April, Doan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dia mengaku bersalah kepada pertuduhan pilihan menyebabkan kecederaan kepada lelaki itu dengan melumurkan agen saraf VX pada muka lelaki itu di Dewan Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lepas.
Mahkamah, pada 11 Mac, melepaskan tanpa membebaskan seorang lagi tertuduh, warganegara Indonesia Siti Aisyah, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapnya. Dia telah pulang ke Indonesia.
Kedua-dua mereka, bersama empat orang lagi yang masih bebas, sebelum ini dituduh membunuh Kim Jong-nam, 45, di klia2 pada 9 pagi 13 Feb 2017. Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. -- Bernama
Bernama
Fri May 03 2019

Doan Thi Huong meninggalkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 April lalu. - AP
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.