Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dengan enam kesan tikaman di badannya di luar asrama kilang di flat Taman Belimbing, Bukit Tengah di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mayat Tin Mar Moe, 28, yang bekerja kilang ditemui oleh penduduk kawasan itu dalam keadaan tertiarap di atas tanah sebelum mereka menghubungi polis pukul 8 malam.
"Semasa ditemui, mangsa dalam keadaan meniarap dan berpakaian kerja iaitu kemeja biru serta seluar hitam, dipercayai wanita itu baru balik bekerja dari kilang di kawasan berkenaan.
"Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian mendapati mangsa baru turun dari bas kilang kira-kira pukul 7.30 malam dan seorang lelaki dipercayai telah menunggu di hadapan pintu asrama berkenaan," katanya di sini hari ini.
Katanya, lelaki itu dipercayai mengejar mangsa dengan sebilah pisau dan menikam wanita itu di beberapa bahagian tubuh mangsa.
Nik Ros Azhan berkata semasa pergelutan itu, pemandu bas kilang berkenaan melihat kejadian tersebut dan semasa cuba membantu mangsa, suspek melarikan diri.
"Pemeriksaan awal di badan mangsa menemui terdapat enam kesan tikaman dan polis turut menemui beberapa barang peribadi wanita itu bersamanya," katanya.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian telah menjumpai sebuah beg berwarna hitam dipercayai milik suspek yang terjatuh semasa berlaku pergelutan antara mereka.
Beliau berkata dengan bantuan unit anjing pengesan, polis berjaya mengesan lelaki juga warga Vietnam sedang bersembunyi di dalam parit berhampiran tempat kejadian, kira-kira 70m dari lokasi suspek menikam mangsa.
"Polis turut menjumpai sebilah pisau berukuran 26sm yang digunakan lelaki itu untuk menikam mangsa dan sebuah telefon bimbit milik wanita berkenaan," katanya kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya siasatan lanjut terhadap motif sebenar kejadian itu masih dijalankan dan lelaki berusia 26 tahun yang bekerja di kilang yang sama dengan mangsa kini direman bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2017
Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dengan enam kesan tikaman di badannya di luar asrama kilang di flat Taman Belimbing, Bukit Tengah di sini, malam tadi. -Gambar hiasan
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Wanita Vietnam dibunuh rakan senegara di Bukit Tengah
Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dengan enam kesan tikaman di badannya di luar asrama kilang di Bukit Tengah, malam tadi.