KUALA LUMPUR: Wanita yang tidak merokok mungkin berisiko mendapat kanser paru-paru, kata pakar bedah kardiotoraks Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Anand Sachithanandan.
Beliau berkata, majoriti kes masih melibatkan perokok lelaki, namun bilangan bukan perokok yang kebanyakannya wanita, terus meningkat.
"Dari 2012 hingga 2016, terdapat 7,686 kes dalam kalangan lelaki dengan kadar piawai umur (ASR) 13.2 bagi setiap 100,000 penduduk. Bagi tempoh sama, sebanyak 3,570 kes direkodkan dengan ASR 5.9 bagi setiap 100,000 penduduk wanita," katanya kepada Bernama di pusat perubatan itu, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, kanser paru-paru merupakan punca kematian paling lazim dalam kalangan lelaki dan pembunuh kedua bagi wanita, serta pencemaran udara dan pendedahan kepada asap rokok sekunder adalah penyebabnya ditambah dengan kecenderungan genetik.
"Pencemaran udara dan pendedahan kepada asap rokok sekunder dipercayai mewujudkan proses keradangan melalui pengutus kimia dipanggil interleukins yang mengaktifkan mutasi pemacu dorman atau gen penyebab kanser sedia ada seperti mutasi epidermal growth factor receptor (EGFR) pada sesetengah individu yang mudah terdedah, juga, mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser paru-paru merupakan faktor risiko yang ketara," katanya.
Bagaimanapun, Dr Anand berkata, pengambilan tembakau masih menjadi faktor risiko paling lazim dan boleh dicegah bagi kanser paru-paru dan terdapat bukti bahawa menghisap vape meningkatkan risiko merokok dengan ketara akibat ketagihan nikotin.
"Penyakit paru-paru kronik juga menyebabkan keradangan dan parut pada paru-paru dan kanser boleh timbul daripada tisu parut itu beberapa dekad kemudian. Kami tidak tahu kesan jangka panjang parut disebabkan jangkitan COVID-19 yang teruk pada paru-paru. Kurang lazim, ialah pendedahan kepada gas radon dan asbestos," katanya.
Beliau berkata, gejala biasa yang harus diperhatikan sebagai penunjuk kemungkinan kanser paru-paru termasuk jangkitan dada berulang, batuk yang berterusan, kesukaran bernafas, batuk berdarah (hemoptisis), sakit dada atau belakang dan penurunan berat badan yang sukar dijelaskan. Sementara itu, gejala yang kurang lazim antaranya sakit bahu atau kelopak mata terkulai.
"Kesemua gejala ini bergantung kepada saiz dan kedudukan tumor. Simptom seperti sakit belakang, dada atau tulang, penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan atau kesukaran bernafas merupakan petunjuk kepada kanser paru-paru yang lebih serius," katanya.
Bersempena dengan Hari Kanser Paru-Paru Sedunia yang jatuh pada 1 Ogos, Dr Anand yang juga Presiden dan Pengasas Bersama Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) berkongsi bahawa penyaringan adalah penting untuk mengesan kanser paru-paru peringkat awal, yang boleh dirawat dengan jayanya melalui pembedahan kuratif, kadangkala dengan pelbagai kombinasi imunoterapi, terapi sasaran, kemoterapi dan radioterapi.
"Kaedah terbaik pengesanan ialah imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) yang tidak menyakitkan, tepat dan ujian pernafasan tunggal tanpa jarum. Bagaimanapun, AI (kecerdasan buatan) sedang diteroka untuk meningkatkan ketepatan diagnosis dan mungkin menjadi alat triage yang berguna. Ia sedang digunakan pada sinar X dada yang mudah kerana lebih murah, menjadikannya lebih mudah diakses dan ramai pengamal menggunakannya sebagai alat prasaringan.
"Jika perisian AI mengesan beberapa keabnormalan pada paru-paru, individu berkenaan boleh dirujuk kepada pakar di hospital awam atau swasta dengan segera untuk menjalani LDCT. Jadi, ia satu langkah awal dan kami harap dapat menarik penduduk wanita dan bukan perokok yang diabaikan secara tradisional," katanya.
Beliau turut menyarankan perokok dan bekas perokok berusia 45 hingga 75 tahun yang merokok sekurang-kurangnya sepeket sehari selama 20 tahun atau lebih, walaupun tanpa sebarang gejala dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser paru-paru, agar menjalani saringan.
"Matlamat saringan adalah untuk melakukan 'peralihan atau migrasi peringkat' dan mengambil lebih banyak kes pada peringkat awal apabila barah boleh dirawat dengan berkesan, kurang invasif dan lebih murah dengan hasil yang jauh lebih baik," katanya.
Dr Anand berkata, kebanyakan pesakit kanser paru-paru memerlukan pendekatan pelbagai disiplin, melibatkan kepakaran pelbagai pakar perubatan seperti pakar radiologi, doktor dada, pakar bedah toraks dan pakar onkologi, serta terapi pelbagai mod untuk menyediakan peluang terbaik penyembuhan dan kemandirian bebas penyakit jangka panjang.
Tambahan pula, beliau berkata, beberapa rawatan (neoadjuvant) diberikan sebelum pembedahan untuk mengurangkan saiz tumor atau menghapuskan sel-sel kanser dalam nodus limfa berdekatan, manakala terapi (adjuvant) lain diberikan selepas pembedahan untuk mencapai kawalan setempat atau menghapuskan penyakit mikroskopik dan mengurangkan kemungkinan kanser kembali.
"Rawatan yang ditawarkan dan prognosis sangat bergantung kepada peringkat penyakit. Peringkat 1, 2 dan kes peringkat 3a yang dipilih dengan teliti, kadangkala peringkat 3b paling baik dirawat menerusi pembedahan dalam kombinasi dengan terapi lain, dengan matlamat memperoleh kesembuhan.
"Peringkat 3c dan 4 biasanya dirawat tanpa pembedahan, dengan tujuan bukan kuratif, menumpukan kepada kualiti kehidupan dan memanjangkan kelangsungan hidup," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Wanita yang tidak merokok mungkin berisiko mendapat kanser paru-paru, kata pakar bedah kardiotoraks Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Anand Sachithanandan. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Jenazah pelakon Kamal Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Kamal Bakar selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit Baru kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
Allahyarham Kamal menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi di Hospital Melaka.

Pelakon Kamal Bakar kini nazak
Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar kini berada dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU Hospital Melaka akibat kanser.

Kanser paru-paru: Saringan bersasar digalakkan, kesan penyakit lebih awal
Saringan kanser paru-paru bersasar digalakkan untuk mengesan penyakit lebih awal selain dapat dirawat dengan lebih berkesan.

Legenda bola sepak Khalid Ali meninggal dunia
Legenda bola sepak negara, Khalid Ali hari ini menghembuskan nafas terakhirnya selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru.

Wanita tidak merokok berisiko hidap kanser paru-paru
Kanser paru-paru merupakan punca kematian paling lazim dalam kalangan lelaki dan pembunuh kedua bagi wanita.

Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi
Mahmood Zuhdi, 78, menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya, akibat kanser paru-paru.

Khalid Ali terima sumbangan rawatan kanser paru-paru
Sumbangan dipohon pemain berusia 66 tahun kepada yayasan tersebut untuk membeli ubat suntikan Pembrolizumab 100mg.

Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.

Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok, tiada korelasi dengan nikotin - NIH
Kandungan nikotin hanya akan menyebabkan ketagihan dan bukan punca utama kepada pelbagai penyakit berkaitan dengan asap rokok.