Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik pada ceramah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini telah membuka hati seorang pelajar warga India untuk memeluk agama Islam.
Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing Dr Zakir dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, R.A. Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau membaca dan mencari ilmu tentang Islam melalu buku dan video di YouTube.
"Tapi kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Dr Zakir tentang kewujudan Allah," katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam adalah atas kerelaannya sendiri.
BACA: Penuntut UTeM peluk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik
BACA: Empat lagi memeluk agama Islam pada ceramah Dr Zakir Naik
BACA: Ceramah Dr Zakir Naik di KL: 7 cerita di sekitar acara
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.
Hadir sama Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk "Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation" yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP, Dr Zakir berkata umat Islam perlu menghindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan," katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis. -- Bernama
Bernama
Fri Feb 10 2017

Ilmuan Islam Antarabangsa Dr Zakir Naik menyampaikan syarahan bertajuk 'Qur'an and Modern Science : Conflict or Conciliation' pada Program Syarahan Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bekas gengster kongsi kisah bertemu 'Adam' sebelum peluk Islam
Pertemuan singkat itu berlaku sekitar Julai tahun lepas, ketika dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.

Alunan 'Nothing Compares 2U' dalam 'versi baharu' Sinead O'Connor
Penyanyi asal Ireland yang popular sekitar tahun 80-an dengan imej berkepala botak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya memeluk agama Islam pada tahun lalu.