KOTA BHARU:Seorang wanita Orang Asli ditemukan mati selepas dipercayai dicekik suaminya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Kampung Liak, dekat Pos Brooke, Gua Musang, hari ini.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, ketika dihubungi, berkata sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak dekat dengan Tanah Tinggi Lojing, sejurus mendapat maklumat daripada adik mangsa.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah mereka yang terletak di kawasan pedalaman kampung itu.
"Siasatan awal polis mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suaminya menyebabkan lelaki itu mencekik isterinya dan mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Menurut Shafien, polis telah menahan suami mangsa berusia 40 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah mereka yang terletak di kawasan pedalaman kampung itu. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.