Seorang wanita memohon maaf secara terbuka kepada pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey Green Town, Ipoh di atas perbuatannya sehingga menjejaskan reputasi dan imej restoran berkenaan.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, beliau sebenarnya tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey menerusi Facebook sehingga tersebar di internet secara meluas.
Menurut Ze Aida, kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran berkenaan tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkannya secara meluas menerusi telefon dan internet.
“Pihak pengurusan restoran Nasi Vanggey berasa terkilan dan menuntut saya membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan pihak media dan kami mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak. Sehubungan itu bagi memenuhi permintaan pihak Nasi Vanggey saya dengan ini memohon maaf sekali lagi kepada pihak pengurusan restoran tersebut atas kesilapan saya dan amat menyesali tuduhan berkenaan yang dibuat tanpa asas dan kebenarannya.
Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu supaya tidak timbul masalah di kemudian hari seperti yang saya hadapi sekarang ini.” tambahnya lagi.
Ze Aida berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Restoran Nasi Vanggey, Green Town, Ipoh pada Jumaat.
Sementara itu pengurus Restoran Nasi Vanggey, Ahmad Fazli Mohammed meminta orang ramai terutama pelanggan setia restoran tersebut supaya terus memberikan sokongan mereka kepada restoran berkenaan.
“Kepada pelanggan yang ada rasa musykil untuk datang, teruskan datang dan sokong kami dan isu-isu yang disiarkan dalam media masa dan media sosial adalah tidak benar sama sekali. Kami menafikan tentang terjumpanya najis di dalam peti simpanan makanan kami, terima kasih.” jelasnya.
Astro Awani
Sat Nov 16 2013
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
Kapal USS Blue Ridge berlabuh di Pelabuhan Klang, perkukuh hubungan Malaysia-AS
Kapal USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Malaysia, tanda hubungan bilateral AS-Malaysia diperkukuh.
Media diingatkan tidak keluar kenyataan langkau siasatan polis
Pengamal media diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes dalam proses siasatan.
Isu salah guna kuasa: Tiada kompromi terhadap anggota PBT terlibat - Dr Zaliha
Terserah kepada SPRM atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan.
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Premis terbiar di Ipoh: Isu pewarisan, kos baik pulih tinggi antara punca
Pihak MBI sebelum ini memulakan langkah memulihara bangunan warisan di Pekan Lama (Old Town) pada sekitar tahun 2016.
Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu
Rumaizi berkata, kerja naik taraf itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh.
Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.
Lelaki dituduh bunuh ibu kandung
Tertuduh, K.S Sugan, 36, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.
Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu
Lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Kampung Simee Ipoh pada Rabu direman tujuh hari sehingga 19 Jun depan.
Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000.
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.