SHAH ALAM: Seorang wanita yang didakwa mirip bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas disahkan bukan personaliti televisyen itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata wanita yang didakwa dilihat di tiga lokasi di Seksyen 3, 9 dan 14, di sini adalah individu sama iaitu seorang gelandangan.
"Pihak kami dah semak dengan pekerja kafe tersebut (tular di Twitter semalam) dan dapati yang datang ke kafe berkenaan adalah gelandangan. Bukan Orang Hilang (Zalina) yang dicari ketika ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Iqbal turut mengesahkan hasil semakan pihaknya, tiada individu tampil membuat laporan mengenai isu tersebut.
"Bagaimanapun, pihak polis mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui," katanya.
Semalam, polis mengesahkan Zalina Shaharah, 58, masih berada dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.
Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
ACP Mohd Iqbal turut mengesahkan hasil semakan pihaknya, tiada individu tampil membuat laporan mengenai isu tersebut.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Penjaga rumah amal GISB dituduh esok
Lelaki berusia 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 8.45 pagi.
Polis nafi berlaku insiden remaja disembelih di Kuantan
Siasatan awal mendapati kejadian sebenar melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dicederakan suspek menggunakan garpu di bahagian leher.
Lelaki ditahan pecah pintu, tingkap rumah bekas kekasih kerana putuskan hubungan
Suspek dikesan memasuki kawasan rumah wanita itu yang kemudian bertindak memecahkan pintu kaca di belakang rumah menggunakan dumbel.
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.
PRK Mahkota: 95.45 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
Sebanyak 95.45 peratus anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.
Pekerja pam minyak pengsan, bukan kena tembak - Polis
Kepala mangsa terhentak ke lantai dan mengalami kecederaan sehingga berdarah dan mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Kontroversi GISB: Semakin ramai individu tampil dedah pengalaman di media sosial
PDRM memaklumkan piohaknya memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh individu atau pihak berkaitan yang mempunyai kaitan dengan GISB di media sosial.
GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' dirampas di Melaka
Seramai 19 kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam operasi yang disertai 72 pegawai dan anggota pelbagai agensi kerajaan.
Kes bunuh pereka dalaman: Polis selesai kes, tahan tiga lelaki
Ketiga-tiga suspek berusia antara 50 hingga 61 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di sini pada sekitar pukul 3 pagi tadi.
Polis akan ambil tindakan terhadap individu buat 'content' di kawasan banjir
Polis Kedah akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu didapati memasuki kawasan yang terjejas bencana banjir hanya sekadar untuk membuat kandungan (content) di media sosial.