SHAH ALAM : Seorang wanita maut manakala suami dan dua anak termasuk seorang bayi cedera setelah kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini pada Sabtu.
Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun itu membawa tiga penumpang iaitu isterinya berumur 29 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dan seorang bayi lelaki berumur lapan bulan ketika kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 2.11 petang.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.19 petang.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar pokok di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, salah seorang mangsa iaitu wanita berumur 29 tahun maut dalam kejadian.
"Pemandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan di bahagian pinggang manakala seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki mengalami cedera ringan.
"Mangsa yang maut dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba yang terlibat," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pemandu kereta terbabit mendakwa stereng keretanya tersekat sehingga mengakibatkan terbabas dan melanggar pokok.
Katanya, siasatan dijalankan mendapati kereta yang dinaiki empat beranak itu dari Bulatan Bestari menghala ke Bulatan Mestika.
"Siasatan awal mendapati, pemandu berumur 43 tahun itu mendakwa stereng kenderaannya tiba-tiba tersekat.
"Akibat daripada itu, mangsa mendakwa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 08 2022
Pemandu kereta terbabit mendakwa stereng keretanya tersekat sehingga mengakibatkan terbabas dan melanggar pokok. - Gambar/ JBPM
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Wanita maut kereta terbabas langgar pokok, stereng tersekat didakwa jadi punca
Seorang wanita maut manakala suami dan dua anak termasuk seorang bayi cedera setelah kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Persiaran Raja Muda, Shah Alam.
Wanita maut, anak perempuan patah tangan
Kejadian pada jam 10 malam itu mengorbankan kerani swasta terbabit, Aslina Ismail, 46, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun cedera di kepala dan patah tangan.